fbpx
Now Reading
Bekas Pelumba Motosikal Saran Anak Muda Tidak Beli Sport Rim & Helmet Mahal Semata Demi Hobi

Bekas Pelumba Motosikal Saran Anak Muda Tidak Beli Sport Rim & Helmet Mahal Semata Demi Hobi

Bekas pelumba motosikal, Wazi Abdul Hamid menasihati anak muda untuk menabung dalam Tabung Haji agar dapat melaksanakan ibadat tersebut di masa akan datang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, kebanyakan generasi muda mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia automotif sehingga ada yang menjadikannya sebagai suatu hobi.

Malah, sebahagian daripada golongan itu juga sanggup berbelanja dengan membeli aksesori atau memodifikasi jentera seperti motosikal dan kereta mereka demi memenuhi keinginan serta hawa nafsu terhadap hobi tersebut.

Tidak dinafikan, segelintir anak muda turut menghabiskan wang mereka demi hobi tersebut sehingga lupa untuk menabung bagi keperluan masa akan datang.

Bekas pelumba motosikal negara saran anak muda tidak berhabis wang beli aksesori

Susulan itu, bekas pelumba motosikal negara Wazi Abdul Hamid mengingatkan anak muda untuk tidak menghabiskan duit membeli aksesori motosikal atau barangan mewah semata-mata kerana hobi.

Menurutnya, adalah lebih baik jika anak muda menabung dalam Tabung Haji (TH) supaya dapat menunaikan ibadat haji ketika usia masih muda.

Jelas Wazi, beliau yang kini berada di Tanah Suci berasa kagum melihat ramai jemaah haji negara luar terdiri daripada golongan muda yang begitu bertenaga ketika melaksanakan rukun Islam itu.

“Jadi, daripada membeli sport rim, topi keledar berharga RM2,000, RM3,000, lebih baik simpan dalam TH, hanya RM1,300 untuk mendaftar haji, panggilan (haji) insyaAllah akan datang,” katanya dipetik Harian Metro.

Pada masa sama, Wazi yang berusia 52 tahun turut menyarankan TH untuk mendekati golongan muda dengan pelbagai program khususnya bagi menarik minat mereka untuk menabung dan seterusnya mendaftar haji.

“Mungkin perlu difikirkan bagaimana untuk meremajakan organisasi ini supaya anak muda tidak rasa jauh dengan TH,” katanya.

Remaja 18 tahun tunai haji sendirian, didaftarkan ketika berusia empat tahun

Sementara itu, seorang jemaah haji muda Muhammad Haqim Mohd Farid, 18, yang tidak ditemani ahli keluarga berkata dia memberanikan diri untuk berjauhan dengan ibu bapa sepanjang tempah menunaikan ibadat itu

“Lagipun, saya memang suka berjalan seorang diri, dah biasa seorang,” katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Difahamkan, Muhammad Haqim didaftarkan oleh ibunya untuk menunaikan haji pada 2009 dahulu ketika dia berumur empat tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.