fbpx

“Kau Memang Terbaik Dik” – Anak Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan Dipuji Ramai [Video]

Difahamkan, pakej Umrah Iktikaf Ramadan yang disertai oleh ibu bapanya itu telah bermula sejak 9 Mac lalu dan akan berakhir pada 14 April depan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi tanggungjawab buat anak-anak membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang selama ini bersusah payah mendidik dan membesarkan mereka.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam membalas jasa kedua-dua orang tua seperti menggalas tanggungjawab menjaga mereka, memberikan hadiah dan banyak lagi.

Anak hadiahkan ibu bapa pakej Umrah Iktikaf Ramadan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang influencer lelaki yang dikenali sebagai Qayyum Jawi telah memberi kejutan kepada ibu dan bapanya dengan menghadiahkan pakej Umrah Iktikaf Ramadan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Qayyum dilihat memberi sekeping sampul kepada bapa dan ibunya yang sedang bekerja.

Dia kemudiannya meminta kedua-dua mereka untuk membuka dan membaca isi kandungan di dalam sampul surat tersebut.

Ibu bapa gembira dan sebak lepas tahu bakal menunaikan umrah

Riak wajah ibu dan bapanya terus berubah menjadi terkejut bercampur gembira dan sebak selepas mengetahui mereka bakal menunaikan ibadah umrah di Mekah sepanjang bulan Ramadan ini sehingga Hari Raya Aidilfitri.

“Selamat beriktikaf mak dan bapa di Tanah Suci. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ibu bapa Qayyum akan sambut Ramadan dan Aidilfitri di Tanah Suci

Difahamkan, pakej Umrah Iktikaf Ramadan yang disertai oleh ibu bapanya itu telah bermula sejak 9 Mac lalu dan akan berakhir pada 14 April depan.

Qayyum kemudiannya membawa ibu dan bapanya itu menghadiri kursus umrah dan berjalan-jalan membeli barangan keperluan untuk dibawa ke sana nanti.

“Malam sebelum nak berangkat umrah kitorang satu keluarga buat makan selamat.

“Jadi hari mak dan bapa berangkat pun tiba. Lepas itu Qayyum bagi lah duit yang dah ditukar dalam mata wang Arab Saudi (Riyal) dengan diorang,” katanya.

@qayyumjawi

selamat beriktikaf mak dgn bapa di tanah suci mahwaku.. semoga mendapat umrah yang mabrur #qayyumjawi #umrah

♬ Buah Hati – Armada

Netizen pakat sebak, doakan Qayyum dilimpahi rezeki selalu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak dengan perkongsian video terbabit, malah ada yang mendakwa sehingga menitiskan air mata.

Selain itu, netizen juga memuji Qayyum yang telah menghadiahkan ibu bapanya pakej umrah dan mendoakan agar pemuda itu dilimpahi dengan rezeki yang banyak.

Secara ringkasnya, pakej umrah iktikaf Ramadan berbeza dengan pakej Umrah biasa kerana tempoh menetap di Tanah Suci adalah lebih lama.

Namun, tiada ketetapan khusus dari segi tempoh kerana ianya bergantung kepada pengendali pakej umrah itu.

Sesuai dengan namanya, pakej Umrah Iktikaf Ramadan biasanya dilakukan sekitar bulan Ramadan dan rata-rata jemaah yang mengambilnya lebih gemar untuk beriktikaf di masjid berbanding berulang-alik ke hotel bagi setiap waktu solat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.