fbpx
Now Reading
“Madura To Makkah” – Lelaki Indonesia Berbasikal Ke Tanah Suci Kini Di Malaysia, Ramai Yang Titip Doa [Video]

“Madura To Makkah” – Lelaki Indonesia Berbasikal Ke Tanah Suci Kini Di Malaysia, Ramai Yang Titip Doa [Video]

Difahamkan, lelaki terbabit telah memulakan kembaranya menaiki basikal ke Mekah dari Madura sejak 15 November 2023 dan kini berada di Alor Setar, Kedah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap umat Islam, pasti mengimpikan untuk ke Tanah Suci, Mekah bagi melakukan ibadah Haji atau Umrah.

Kebiasaanya, para jemaah yang ingin ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah akan menaiki pesawat kerana jaraknya yang terlalu jauh.

Namun, ada juga yang memilih untuk ke Tanah Suci itu dengan hanya menaiki kereta, motosikal atau basikal.

Tular lelaki Indonesia dari Madura ingin ke Mekah bawa basikal

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki warganegara Indonesia dipercayai dari Kepulauan Madura ingin ke Mekah dengan hanya membawa basikal.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @djchip5591, lelaki terbabit dilihat singgah di sebuah kedai untuk berehat dan mengisi perutnya

Rakyat Malaysia pakat santuni, siap ikhlas hulur wang untuk membantu

Namun, orang awam yang berada di kawasan tersebut terus menyantuni lelaki itu setelah mengetahui bahawa dia sedang mengembara ke Tanah Suci dengan hanya berbasikal.

Lebih mengharukan, lelaki terbabit juga dilihat secara baik menolak wang sumbangan yang diberikan oleh penduduk di sana kepadanya.

@djchip5591

semoga d permudahkan perjalanan saudara kita ini ke mekah…

♬ Marhaban Ya Ramadhan – DIEKA YK

Difahamkan, dia telah memulakan kembaranya menaiki basikal ke Mekah dari Madura sejak 15 November 2023 dan kini berada di Alor Setar, Kedah.

Bagi yang ingin tahu perkembangan lelaki dalam kembarnya ke Tanah Suci, anda boleh lihat di akaun TikTok @maduratomekkah.sung7817.

Netizen puji dan titip doa buat lelaki terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menitipkan doa kepada lelaki itu agar urusannya untuk ke Tanah Suci dimudahkan.

Tidak hanya itu, mereka turut memuji sikap lelaki terbabit yang sentiasa menundukkan pandangannya selain Ikhlas melakukan pengembaraan itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada orang ramai.

4 rakyat Malaysia juga berbasikal ke Mekah namun kini tinggal 3 orang

Sekadar info, selain lelaki ini, terdapat juga empat rakyat Malaysia yang sedang mengembara ke Mekah dengan menaiki basikal untuk menunaikan ibadah Haji bagi tahun ini.

Bagaimanapun, salah seorang daripada kumpulan terbabit terpaksa pulang semula ke Malaysia kerana faktor kesihatan.

Ekpedisi kembara itu kini telah memasuki hari ke 113 dan mereka bertiga pada waktu ini baru sahaja berlepas daripada bandar Lengeh, Iran dengan menaiki feri menuju ke Dubai.

Untuk mengetahui kemaskini perjalanan mereka, anda boleh lihat di akaun TikTok @ahmad.bin.isa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.