‘Bagi saya sangat childish’ – KJ Ulas Isu Ahli Politik Berbalah Tentang Penggunaan Logo & Tema Hari Kebangsaan 2023 [Video]

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, negara bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke 66 tahun pada 31 Ogos nanti.

Pada tahun ini, tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil adalah ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Namun, kenyataan Pemuda Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini nyata mencuri perhatian banyak pihak.

Menurut Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari, negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berkemungkinan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang tersendiri.

Namun, perkara itu masih belum dirunding dengan mana-mana negeri di bawah pentadbiran PN.

KJ Anggap Bukti Negara Berpecah Belah & Kebudak-budakan

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ menganggap isu mengenai logo dan tema Hari Kebangsaan 2023 antara kerajaan dan pembangkang sebagai kebudak-budakan.

Malah, ia juga menjadi bukti berlaku perpecahan dalam negara ini.

“Ini satu bukti negara kita berpecah sampai logo dan tema Hari Kebangsaan pun jadi polemik.

“Bagi saya sangat childish,” kata KJ melalui podcast Keluar Sekejap semalam (21 Ogos).

Perbezaan Penggunaan Logo & Tema Hari Kebangsaan Bukan Isu Baharu

Menurut bekas ketua Pemuda UMNO itu juga, isu mengenai perbezaan pendapat tentang logo dan tema Hari Kebangsaan bukan isu yang baharu.

“Pada tahun 2012 dah mula tema Merdeka 55 iaitu 1Malaysia Janji Ditepati dan ketika itu Pakatan Rakyat keluar dengan slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

“Dah mula la daripada situ bukan saya nak ungkit benda lama, PAS pun ada dalam tu. Selangor pun ada tema dan logo dia sendiri sebelum ini,” kata beliau.

Malah, negeri Selangor sebelum ini pernah menggunakan logo tersendiri dan tidak menggunakan logo kerajaan persekutuan antaranya pada tahun 2020 dan 2021.

“Bagi saya bila hari ini menteri-menteri kata ini mencabul semangat federalisme – ‘come on’ lah dulu pun kamu buat, jadi dua-dua salah,” ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut tentang kepentingan logo dan tema Hari Kebangsaan, dengan nada bergurau, KJ menganggap tema dan slogan Hari Kebangsaan merupakan satu perkara yang penting.

“Di Malaysia, kalau tiada slogan boleh rusuhan, benda ini wajib,” guraunya.

Terdahulu, PN dikatakan memilih untuk menggunakan tema dan logo yang tersendiri kerana menganggap tema Hari Kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan didakwa mempunyai perkataan yang diulang-ulang semasa kempen politik.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Dia Jangan Cakap’ – KJ Dakwa Kenyataan Ahmad Maslan Penyebab Ringgit Jatuh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: KJ Dah Tak Rindu Nak Jadi Menteri, Bercita-cita Mahu Jadi Pelakon [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 hour ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

22 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

22 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

23 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

23 hours ago