fbpx
Now Reading
‘Lebih Baik Dia Jangan Cakap’ – KJ Dakwa Kenyataan Ahmad Maslan Penyebab Ringgit Jatuh [Video]

‘Lebih Baik Dia Jangan Cakap’ – KJ Dakwa Kenyataan Ahmad Maslan Penyebab Ringgit Jatuh [Video]

Bagi Khairy Jamaluddin atau KJ yang merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau, menganggap kenyataan Ahmad Maslan hanya akan memberikan kesan kepada ekonomi khususnya kejatuhan wang ringgit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, antara isu ekonomi yang mengundang kerisauan orang ramai adalah mengenai kejatuhan mata wang negara.

Pada ketika ini, Ringgit Malaysia turun menjadi RM4.60 berbanding US $1. Kejatuhan ini nyata mengundang pelbagai respon dari semua pihak kerana ia pastinya memberi kesan kepada pelaburan khususnya peningkatan dalam kos import bahan mentah.

Namun, bagi menangani masalah ini, Perdana Menteri Malaysia dikatakan akan membuat beberapa pengumuman dalam masa terdekat termasuk langkah menangani kejatuhan wang ringgit.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditanya mengenai rancangan Kementerian Kewangan dalam menangani isu ini pada 18 Jun lalu.

Kenyataan Maslan Beri Kesan Kepada Ekonomi, Penyebab Ringgit Jatuh

Bagi Khairy Jamaluddin atau KJ yang merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau, beliau menganggap kenyataan Ahmad Maslan hanya akan memberikan kesan kepada ekonomi khususnya kejatuhan wang ringgit.

Ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pontian itu seolah-olah memberi gambaran akan ada pengumuman besar bagi memastikan nilai ringgit menjadi lebih kukuh.

“Kenyataan dibuat itu menjadikan individu di pasaran kewangan, pelaburan mahu mengetahui berita yang bakal disampaikan itu,” katanya.

Menurut KJ, ia satu tindakan yang bagus namun kenyataan itu tetap tidak akan mengubah landskap ekonomi semasa.

“Bagi saya cara pengumuman itu bagus kerana ia merupakan gerakan taktikal, namun ia tidak akan mengubah soal gambaran landskap pelaburan di negara kita,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap.

KJ Cadang Dua Cara Mengukuhkan Semula Nilai RM Dan Tingkatkan Pelaburan

Menerusi podcast itu, KJ turut mencadangkan dua kaedah dalam menarik pelaburan dan mengukuhkan semula ringgit iaitu dengan cara menjual sedikit pegangan Sovereign Wealth Fund (SWF) serta menjadikan negara sebagai pejabat keluarga.

“Apabila pegangan dijual sedikit kepada SWF, ia akan memberi kesan lebih besar daripada pengumuman yang kecil untuk jangka masa panjang,” katanya.

Tambahnya lagi, pelabur biasanya akan melihat usaha kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyediakan peluang kepada pelabur dalam sesuatu usaha niaga.

Malah, beliau turut menyarankan agar tidak hanya memfokuskan syarikat dan profesional, kerajaan juga perlu menarik pejabat keluarga untuk membuat pelaburan di Malaysia.

“Sejak beberapa tahun lalu, strategi Singapura adalah menarik pejabat keluarga yang mana ia merupakan satu entiti ditubuhkan oleh keluarga kaya untuk menguruskan kewangan mereka,” ujarnya.

Namun, persekitaran polisi yang fleksibel untuk pejabat keluarga perlu ditubuhkan sebelum menarik kumpulan ini melabur di Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.