fbpx
Now Reading
KJ Dah Tak Rindu Nak Jadi Menteri, Bercita-cita Mahu Jadi Pelakon [Video]

KJ Dah Tak Rindu Nak Jadi Menteri, Bercita-cita Mahu Jadi Pelakon [Video]

Malah KJ juga meminta orang ramai memberi cadangan watak apa yang sesuai dibawa olehnya jika menjadi seorang pelakon.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, nama bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semakin melonjak naik dalam dunia hiburan selepas meninggalkan bidang politik yang begitu sinonim dengan dirinya.

Bermula dengan menjadi penyampai radio pagi di Hot FM, minat Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ dalam dunia hiburan dilihat semakin bertambah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: KJ Sah Jadi Penyampai Radio Hot FM Mulai 15 Februari Ini!

Hal ini susulan satu temu bual video di antara KJ bersama seorang influencer wanita dari Kelantan yang dikenali sebagai Mekyun pada baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Mekyun bertanya kepada KJ mengenai pekerjaan mana yang lebih diminati olehnya, sama ada menjadi menteri atau DJ.

Seronok jadi DJ, KJ dah tak rindu jadi menteri

Apa yang mengejutkan, KJ berkata dia menganggap menjadi seorang DJ agak menyeronokkan serta tidak begitu rindu untuk menjawat jawatan menteri semula.

“Saya rasa sebab saya dah keluar sekejap daripada politik, sebenarnya jadi DJ agak menyeronokkan dan saya tak berapa rindu jadi menteri,” jawab KJ.

Mekyun bertanya lagi, apakah cita-cita KJ sekiranya tidak bergelar seorang Yang Berhormat (YB) di Parlimen.

KJ ingin menjadi seorang pelakon, siap minta cadangkan watak yang sesuai dibawa

Jawab KJ lagi, dia pada ketika ini bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon selain meminta orang ramai mencadangkan watak yang sesuai dibawa olehnya.

“Saya sekarang ni bercita-cita nak jadi pelakon, mungkin boleh cadangkan pada saya watak apa yang patut saya main selepas ini,” katanya lagi.

@mekyunnnn

Harini Mekyun interview Tuan KJ kita!! 🥹 Next Mekyun patut interview siapa pulak? 😃 Btw Tuan KJ tanya watak apa yang sesuai untuk beliau berlakon dalam filem? 🤣 #fyp

♬ original sound – Mekyun – Mekyun

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 1.24 minit itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 175,000 dan 9,630 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat dan jawapan yang diberikan oleh KJ.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga memberi beberapa cadangan watak yang sesuai dilakonkan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

Sebagai info, selain menjadi penyampai radio, KJ juga aktif dalam dunia ‘podcast’ menerusi podcast Keluar Sekejap yang dikendalikannya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.