Kekal Tenang Walaupun Anjing Di Sekeliling, Tindakan Penghantar Barang Ini Tarik Perhatian Ramai [Video]

Setiap pekerjaan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ada kerjaya yang mencabar dari segi fizikal, ada juga yang memerlukan kekuatan dari segi mental.

Sebagai pekerja, anda haruslah bersedia dan menyiapkan diri dalam kedua-dua aspek ketahanan mental dan fizikal bagi melaksanakan tugas harian dengan sempurna.

Buat kerjaya penghantar barang atau makanan, selain daripada cabaran berhadapan dengan orang ramai, cabaran lain yang perlu dihadapi adalah haiwan peliharaan pelanggan terutamanya anjing.

Ini kerana sering kali kita dihidangkan di media sosial, penghantar barang atau makanan kerap diganggu dan dikejar oleh anjing milik tuan rumah.

Kekal Tenang Walaupun Dikelilingi Anjing

Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang dilihat kelihatan tenang walaupun dikelilingi dua ekor anjing ketika sedang bekerja.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Twitter @mynewshub, lelaki berkenaan dilihat sedang menunggu tuan rumah di hadapan kediaman wanita itu.

Pada ketika itu, terdapat dua ekor anjing yang kelihatan teruja dengan kehadiran lelaki berkenaan. Mereka dilihat menggoyangkan ekor dan mencium bahagian belakang lelaki itu.

Malah, ekoran daripada sifat teruja haiwan tersebut, lelaki berkenaan turut memberi isyarat tangan meminta mereka ‘sabar’ kepada kedua-dua anjing itu.

Video yang telah mendapat lebih 160 ribu tontonan dipercayai dirakam oleh isteri lelaki berkenaan yang kedengaran takut dengan tingkah laku dua ekor anjing itu terhadap suaminya.

Namun, lelaki itu dilihat kekal tenang dan tidak panik seperti segelintir penghantar barang yang lain

“Hantar barang, anjing buat macam kawan,” tulis isterinya di video berkenaan.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet kagum dengan sikap tenang lelaki berkenaan ketika menghadapi anjing-anjing tersebut.

Bagi mereka, anjing mempunyai ‘instinct’ yang boleh mengesan bahawa manusia itu berniat baik atau jahat.

Namun, ada juga segelintir netizen yang mengingatkan pemuda itu untuk membasuh pakaiannya yang terkena anjing.

Steady Brother Ni

Anjing Bila Dia Goyang-Goyang Ekor Tandanya Dia Selesa

Anjing Ini Tak Pe Pun Sebenarnya Kalau Dia Jilat Seluar, Boleh Cuci Macam Biasa

Baca Artikel Berkaitan: Baru Tahu! TNB Rupanya Ada Sediakan Kursus Latihan Keselamatan & Pengendalian Anjing Untuk Pembaca Meter [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi Pengalaman Hiking Bersama 5 Ekor Anjing Raih Perhatian Netizen [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

31 mins ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

21 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

21 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

22 hours ago