Khairul Aming Kongsi Pengalaman Hiking Bersama 5 Ekor Anjing Raih Perhatian Netizen [Video]
Menurut Khairul Aming, lima ekor anjing itu ditemui ketika dia dan rakannya sedang mendaki sebuah bukit di Kuala Kubu Bharu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain kucing, anjing turut menjadi pilihan terutama golongan bukan Islam untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Ini kerana sifatnya yang ceria, melindungi dan setia kepada pemiliknya menjadikan anjing sering dijadikan pilihan kebanyakan individu.
Walaupun anjing diharamkan dalam Islam, namun agama ini menggalakkan umatnya agar sentiasa bersikap prihatin kepada semua makhluk Allah.
Bahkan, Islam membenarkan anjing dibela sekiranya ada tujuan sebagai contoh untuk perburuan, keselamatan dan membantu penternakan haiwan.
Hiking Bersama 5 Ekor Anjing, Siap Beri Makan
Begitulah pengalaman yang dikongsikan oleh selebriti masakan media sosial iaitu Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming di Tik Tok apabila dia dan rakannya menjalankan aktiviti hiking bersama lima ekor anjing.
Menurutnya, lima ekor anjing itu ditemui ketika dia dan rakannya sedang mendaki sebuah bukit di Kuala Kubu Bharu.
Ketika melakukan aktiviti tersebut, haiwan-haiwan itu mengikut dan menemani mereka mendaki sehingga ke puncak bukit.
Apa yang menarik perhatian adalah sikap prihatin dan ihsan Khairul Aming dalam melayani kelima-lima haiwan berkenaan walaupun haiwan itu adalah haiwan liar.
Malah, haiwan tersebut dilihat jinak dan bertindak sebagai petunjuk (tour guide) kepada Khairul Aming dan rakannya.
Ketika dalam perjalanan, Khairul Aming memberi makanan kepada haiwan tersebut ketika malah turut membuat sandwich telur khas untuk kelima-lima anjing tersebut.
“Semalam jumpa lima kawan baru, comel-comel semuanya, dapat la masak sikit bagi diorang makan.
“Gonna miss you Along, Ashu, Shahsa dan lain-lain,” tulis Khairul Aming menerusi ruang kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Khairul Aming dan rakannya ketika melayani haiwan berkenaan.
Malah, ada di antara netizen yang menganggap anjing itu bertuah kerana dapat merasa air tangan Khairul Aming.
Rasa Video Khairul Aming Yang Ini Paling Best
The Best Types Of Muslims, May Your Business Prosper More
Langkah Kanan La Anjing- Anjing Tu, Dapat Guide Tukang Masak
Untung La Dapat Jumpa Khairul Aming, Kitaorang Pon Belum Pernah Jumpa
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Bawa 60 Staf Nikmati Percutian Mewah Di Hotel 5 Bintang, Langkawi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jualan Sambal Nyet Khairul Aming Cecah RM21.5 Juta, Ramai Bangga & Jadikan Inspirasi [Video]