Lelaki Di Georgia Sanggup Berhenti Kerja Semata-Mata Mahu Cari 96 Anak Kandung

Seorang lelaki yang berusia 32 tahun sanggup melepaskan kerjaya sebagai jurutera perisian hanya kerana mahu menjejaki 96 orang anak kandungnya.

Dia yang dikenali sebagai Dylan Stone-Miller menjadi bapa kepada 96 kanak-kanak tersebut melalui kaedah menderma sperma.

Mulakan Perjalanan Sejauh 14,484 kilometer, Jejaki Anak Kandung

Miller mula dikatakan mahu menjejaki kesemua 96 zuriatnya apabila dia terlihat gambar salah seorang anak kandungnya yang dikenali sebagai Harper.

“Saya anggap dia sebagai anak saya yang pertama,” kata Miller.

Dia dikatakan menemui Harper ketika kanak-kanak itu berusia tiga tahun dan sejak daripada itu dia nekad mahu menjejaki kesemua anaknya.

Bagi memulakan jejak pencarian tersebut, Miller dikatakan telah memulakan perjalanan sejauh 14,484 kilometer pada musim panas bagi mencari baki anak kandungnya yang lain.

Malah, bagi merealisasikan hasratnya ini, dia memilih untuk berhenti kerja dan menggunakan wang simpanannya bagi menampung kos pencarian ini.

Setakat ini, dia dikatakan telah menemui 25 orang anak kandungnya.

“Saya sendiri tidak pasti berapa ramai anak yang saya ada,” katanya lagi.

Siap Buat Kumpulan Facebook Untuk Penerima Sperma, Jejaki Anak Kandung Yang Lain

Miller yang telah berpisah dengan isterinya pada tahun 2020 terdetik untuk menjejaki anak kandungnya yang lain setelah menerima mesej peribadi daripada penerima sperma iaitu Alicia Bowes yang merupakan ibu Harper.

Saat itu merupakan pertama kali Miller melihat wajah Harper di Instagram milik Bowes. Malah, dia juga turut mewujudkan kumpulan Facebook khas buat ibu bapa anak kandungnya yang dinamakan sebagai ‘Xytex 5186 Offspring’ sempena nombor pengenalan bank spermanya.

Apabila dia menyatakan hasrat untuk menjejaki anaknya yang lain, terdapat 20 orang ibu bapa yang turut memberikan respon yang positif.

“Saya hanya mahu melihat anak saya membesar,” katanya lagi.

Tidak Mahu Anak Anggap Sebagai Bapa

Walau bagaimanapun, Bowes tidak mahu Harper menganggap Miller sebagai bapanya. Bagi Bowes, Miller tidak akan menjadi bapa dan hanya berperanan sebagai penderma.

Malah, Bowes dikatakan akan mewujudkan jurang di antara Miller bagi melindungi keselamatan Harper walaupun Miller masih diberi kebenaran untuk melawat anaknya dua kali setahun.

Namun, bagi Miller ia merupakan situasi yang sukar apabila terpaksa berpura-pura untuk tidak mengakui bahawa Harper merupakan anaknya.

Untuk info, Miller mula mendermakan sperma ketika menjadi pelajar psikologi di Georgia bagi membantu pasangan untuk mendapatkan anak.

Dia dibayar dengan kadar AS$100 (kira-kira RM464) bagi setiap sesi. Dia juga membenarkan bank sperma berkongsi maklumat tentang dirinya kepada anak-anak apabila mereka mencecah usia 18 tahun.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

5 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

5 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

5 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

5 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

7 hours ago