Realme Lancar Telefon Pintar Terbaharu 11 5G Dengan Ciri Double Ace, Harga RM 1,199

Realme Malaysia hari ini (30 Ogos) secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan (midrange) terbaharu mereka iaitu Realme 11 5G.

Sebelum ini Realme pernah memperkenalkan telefon pintar flagship mereka iaitu Realme 11 Pro 5G yang mempunyai reka bentuk menarik serta kamera berkualiti tinggi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Realme Lancar 11 Pro 5G, Kamera Padu Dengan Harga Bermula RM1,499

Bagi Realme 11 5G pula, tidak kurang hebatnya apabila peranti ini didatangkan khas dengan ciri Double Ace memiliki kamera utama 108MP (megapixels) dan 67W (watts) SUPERVOOC Fast Charge.

Sensor kamera Realme 11 5G

Realme 11 5G ini juga didatangkan dengan sensor Samsung ISOCELL HM6 dengan sensor 1/1.67 serta sensor 3x zum.

Ciri-ciri yang ada di dalam Realme 11 5G ini membolehkan para pengguna menceritakan kisah mereka melalui imej yang jelas.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Bateri 5000mAh SUPERVOOC 67W

Realme 11 5G ini mempunyai 67W SUPERVOOC yang membolehkan peranti ini hanya mengambil masa selama 17 minit untuk mencapai jumlah tenaga bateri dari 1% kepada 50%.

Lebih menarik lagi, Realme 11 5G ini juga didatangkan dengan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu sebanyak 5000mAh bagi menjaminkan pengguna yang lebih lama.

Reka bentuk dan warna

Selain kualiti kamera dan juga ketahanan bateri, realme 11 5G ini turut menampilkan deco kamera yang menarik perhatian yang digelar ‘Glory Halo Design’.

Deco yang kelihatan bersinar ini dibuat sama seperti proses pembuatan jam tangan mewah. Ia menggabungkan 538 flutes yang disusun dalam corak yang teratur tetapi luar biasa.

Reka bentuk serta pilihan warna Glroy Black dan Glory Gold juga menampakkan telefon pintar 11 5G ini seakan sebuah peranti mewah.

Paparan Skrin 120Hz, Pemproses MediaTek Dimensity 6100+ & RAM 16GB

Realme 11 5G didatangkan dengan paparan bersaiz 6.72 inci dengan resolusi FHD+ 2400×1080, menyokong kadar segar semula yang tinggi sehingga 120Hz.

Paparan ini juga menyokong Kadar Segar Semula Dinamik dalam 6 peringkat, yang mana sistem akan bijak memilih peringkat terbaik mengikut senario penggunaan.

Realme 11 5G menampilkan pemproses MediaTek Dimensity 6100+ dengan proses 6nm yang canggih untuk memberikan prestasi yang cekap kuasa.

Realme 11 5G juga menyokong RAM dinamik sehingga 16GB, memastikan penggunaan harian yang lancar, terutamanya dalam menjalankan berbilang aplikasi dan bertukar antara aplikasi yang dibuka.

Selain itu, 11 5G ini juga memberi ruang yang cukup untuk keseronokan kerana ia penuh dengan ROM 256GB.

Telefon pintar midrange Realme 11 5G ini hanya dijual pada harga RM1,199. Amat berbaloi dengan segala spesifikasi dan ciri yang ditawarkan.

Bagi yang berminat, telefon pintar Realme 11 5G ini akan mula dijual esok (31 Ogos) di seluruh Malaysia.

Selain 11 5G, Realme Malaysia turut melancarkan Realme Pad 2 dengan harga bermula RM1,299 dan Realme Buds Air 5 dengan harga RM299 sahaja.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web Realme.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 hour ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

3 hours ago