fbpx
Now Reading
Realme Lancar 11 Pro 5G, Kamera Padu Dengan Harga Bermula RM1,499

Realme Lancar 11 Pro 5G, Kamera Padu Dengan Harga Bermula RM1,499

Realme 11 Pro+ 5G ini mempunyai kualiti kamera yang sangat baik, 200megapexel (MP) pertama di dunia dengan zum dalam-sensor 4X untuk membolehkan pengguna mengalami pengimejan ‘leap-forward’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (20 Julai), Realme Malaysia secara rasminya melancarkan telefon pintar baharu mereka iaitu realme 11 Pro 5G Series.

Peranti ini hadir dengan dua varian iaitu 11 Pro+ 5G dan 11 Pro 5G dengan harga bermula RM1,999 dan RM1,499.

Realme 11 Pro+ 5G dengan kamera 200MP

Menariknya, Realme 11 Pro+ 5G ini mempunyai kualiti kamera yang sangat baik, 200 megapixel (MP_ pertama di dunia dengan zum dalam-sensor 4X untuk membolehkan pengguna mengalami pengimejan ‘leap-forward’.

Secara terperinci, peranti baharu realme ini menampilkan naik taraf Samsung ISOCELL HP3 SuperZoom yang dipertingkatkan, saiz penderia besar 1/1.4 inci dan bukaan besar f/1.69.

Foto: TRP/Akmal

Meskipun bagi model 11 Pro 5G hanya menawarkan kamera utama 100MP, namun kualiti akhir gambar yang dihasilkan juga tidak kurang hebatnya.

Lonely Planet, pelbagai filter estetik yang menarik

Dengan kata lain, kualiti kamera yang ditawarkan oleh realme bagi 11 Pro+ 5G dan 11 Pro 5G ini memang terbaik, ditambah pula dengan mod khas ‘lonely planet’ yang memberikan pelbagai pilihan ‘filter’ kamera yang sangat estetik.

Tidak hanya itu, saiz bateri yang cukup besar iaitu 5000mAh juga mampu menjanjikan penggunaan harian yang lebih lama berbanding jenama telefon pintar yang lain.

Bagi prosesor, realme 11 Pro+ 5G dan 11 Pro 5G ini menggunakan Dimensity 7050 5G chipset yang cukup padu untuk kegunaan harian atau bermain game.

Ram dan memori pula, 11 Pro+ 5G didatangkan dengan 12+512GB manakala 11 Pro 5G 8+256GB. Boleh dikatakan ruang yang sangat mencukupi untuk menyimpan video dan gambar.

Kemasan kulit rekaan bekas pereka Tekstil dan Gucci Print

Selain itu, rekaan kedua-dua smartphone ini juga boleh dikatakan sangat cantik dengan kemasan kulit di bahagian belakang hasil sentuhan air tangan bekas pereka Tekstil dan Gucci Print, Matteo Menotto.

Foto: TRP/Akmal

Walaupun kedua-dua peranti realme baharu ini mempunya bateri kapasiti yang besar, namun reka bentuk di bahagian tepi tetap kelihatan nipis iaitu hanya 8.2mm sahaja dengan skrin vision melengkung 120Hz.

Foto: TRP/Akmal

Kalau tengok bahagian belakang realme 11 Pro+ 5G dan 11 Pro 5G ini, memang nampak bergaya dan mewah seakan telefon pintar dengan berharga ribu-riban.

Pelancaran kedua-dua peranti flagship Realme ini diadakan di Laguna Redang Island Resort, Pulau Redang, Terengganu malam ini.

Foto: TRP/Akmal

Selain melancarkan telefon pintar ‘killer’ mereka pada tahun ini, Realme juga memperkenalkan realme Buds Air 5 Pro baharu dengan harga RM399 dan realme WATCH 3 PRO (RM429).

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web Realme.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.