fbpx
Now Reading
Peniaga Shopee Cilik Berusia 11 Tahun Akhirnya Dapat Peranti Percuma Untuk Kegunaan PdPR Dari Realme

Peniaga Shopee Cilik Berusia 11 Tahun Akhirnya Dapat Peranti Percuma Untuk Kegunaan PdPR Dari Realme

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar bulan lalu, tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang mula berniaga di Shopee sebagai usaha mengumpul wang demi mendapatkan telefon pintar miliknya sendiri bagi tujuan PdPR.

Mula dikongsikan seorang pengguna Facebook, Cek Ammey Abu Bakar, kisah adik Umar atau nama penuhnya Umar Al-Khattab, kemudian mula sohor sehingga mendapat pujian netizen yang menyifatkan dia seorang yang rajin dan bertanggungjawab.

Ibunya, Nurul Huda Azman  yang ditemuramah portal Malaymail kemudiannya memaklumkan mereka sebenarnya mempunyai peranti bagi tujuan PdPR namun perlu dikongsi sesama 5 beradik.

Memandangkan peranti tersebut diutamakan untuk pembelajaran anak-anaknya yang lebih tua, dia dan suami, Shamsul Bahrim kemudiannya mencadangkan agar Umar berkecimpung dalam dunia perniagaan online di Shopee bagi membolehkannya membeli dan memiliki telefon pintar sendiri.

Dia yang kebetulan memang berminat untuk memulakan perniagaan setelah melihat pebincangan ayahnya bersama seorang rakan tentang cara memulakan perniagaan di Shopee kemudian mula mengorak langkah.

Atas inisiatif Umar sendiri, dia kemudiannya menonton dan belajar menerusi Youtube cara mengendalikan perniagaan di platform membeli-belah dalam talian, sehingga mampu menguruskannya sendiri.

Namun dia turut dibantu oleh ibu ayahnya dari segi pembungkusan dan pos kerana mereka tidak mahu mengambil risiko membiarkan Umar menghabiskan terlalu banyak masa di luar kerana Covid-19.

Pendedahdan tersebut secara tidak lansung membantu adik Umar apabila perniagaan onlinenya semakin laris. Malahan stornya kini sudah mempunyai lebih 6,700 pengikut.

Dapat perhatian syarikat telefon pintar Realme

Kisah mengagumkan adik umar tersebut akhirnya mendapat perhatian pengeluar syarikat telefon pintar, Realme Malaysia.

Wakil Realme kemudiannya telah menghubungi keluarga Umar dan menghadiahkannya sebuah peranti baru Realme 8 Pro bagi tujuan PdPR.

Menurut Pengarah Jenama Realme Malaysia, Tiffany Teh dengan penajaan peranti tersebut, dia berharap Umar kini dapat mengikuti kelas PdPR tanpa kebimbangan, memandangkan dia sebelum ini perlu berkongsi bersama adik-beradiknya yang lain.

Hasil penelitian kami, peranti Realme Pro yang diberikan sememangnya lebih dari mencukupi untuk tujuan PdPR anak kecil tersebut.

Hadir dengan kapasiti bateri 4500mAh selain pemproses Snapdragon 720, peranti tersebut juga mempunyi paparan yang memuaskan iaitu 6.4″ siap dengan panel Super AMOLED.

Malah ia sturut esuai digunakan untuk tujuan perniagan online memandangkan ia dilengkapi kamera 108MP, Memang rezeki adik Umar kan bila dapat peranti berharga RM1,299 secara percuma.

Tahniah Adik Umar!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.