fbpx
Now Reading
Lelaki Warga Asing Ditahan Dipercayai Gesel Kemaluan Pada Budak 7 Tahun Di Pasar Raya

Lelaki Warga Asing Ditahan Dipercayai Gesel Kemaluan Pada Budak 7 Tahun Di Pasar Raya

Lelaki warga Nepal itu kemudian dipukul oleh orang awam sebelum dikejar kerana melarikan diri dan diserahkan kepada polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang juga warga Nepal dicekup polis selepas dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah pasar raya Bukit Jambul, Pulau Pinang, semalam 7 Mac.

Lelaki warga asing itu ditahan pada jam 6.50 petang di belakang pasar raya tersebut dan dia dilaporkan tidak mempunyai dokumen.

Kanak-kanak datang bersama ibu untuk beli barang sebelum insiden bergesel berlaku

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid siasatan mendapati mangsa telah datang ke pasar raya itu bersama ibunya untuk membeli barang.

“Bagaimanapun, ketika mangsa beratur untuk membuat pembayaran di kaunter suspek bertindak bergesel dengannya dari belakang.

“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek bertindak memaklumkan kejadian kepada orang awam di lokasi sebelum mereka bertindak memukul suspek.

“Suspek melarikan diri ke arah belakang pasaraya berkenaan selepas orang awam mengejarnya namun dia berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis,” jelasnya, lapor Malaysia Gazette.

Suspek cedera di muka kerana dipukul

Disebabkan insiden yang berlaku itu, suspek turut mengalami kecederaan di bahagian muka sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Katanya, suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Memetik Kosmo lelaki yang ditahan itu berusia sekitar 40-an. Difahamkan foto insiden turut tular di media sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.