fbpx
Now Reading
Dendam Lama Punca Wanita Di Pulau Pinang Simbah OKU Dengan Air Panas

Dendam Lama Punca Wanita Di Pulau Pinang Simbah OKU Dengan Air Panas

Jelas Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal suspek ada perselisihan faham lama dengan mangsa yang berlaku sekitar tiga ke empat tahun lepas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 19 April lalu, tular satu video rakaman litar tertutup (CCTV) di dalam lif memaparkan seorang wanita di Pulau Pinang menyimbah air panas ke arah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) sindrom down.

Kes difahamkan berlaku di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Susulan daripada video tular itu, wanita berusia 39 tahun berkenaan kemudiannya telah ditahan oleh pihak polis pada jam 9.12 malam, hari yang sama.

Mahkamah Majistret Pulau Pinang kemudian memerintahkan suspek yang bekerja sebagai pembantu jualan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan melecur di bahagian depan dan belakang badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Perselisihan faham lama punca wanita simbah air panas kepada lelaki OKU

Terbaharu, polis memaklumkan perselisihan faham lama antara wanita dan lelaki berkenaan dipercayai punca suspek melakukan tindakan tersebut.

Ujar Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal siasatan awal yang dilakukan mendapati perselisihan faham lama itu disifatkan sensitif dan ia sudah berlaku sejak tiga atau empat tahun lepas.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan ke atas wanita terbabit dan siasatan awal mendapati punca adalah disebabkan perselisihan faham terhadap mangsa yang telah berlaku dalam tiga ke empat tahun lalu, saya rasa dia (suspek) kenal mukalah sebab tinggal di flat sama.

“Setakat ini kita telah merakam percakapan tiga individu termasuk mangsa dan siasatan masih diteruskan kalau selesai kita akan tuduh awal jika tidak, kita sambung reman,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Siasatan awal mendapati suspek bukan pesakit mental

Kata beliau lagi, polis juga mertimbangkan untuk menghantar wanita terbabit menjalani pemantauan kesihatan bagi pemerhatian serta mendapatkan pengesahan laporan perubatan.

Menerusi siasatan buat ketika ini mendapati suspek bukan pesakit mental.

“Setakat ini kita tengok tiada (rekod pesakit mental) Insya-Allah kita akan majukan untuk kita dapatkan rawatan lanjut terhadap suspek jika suspek mempunyai masalah mental di hospital.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.