fbpx
Now Reading
Ingin Galak Kanak-kanak Solat Tarawih 20 Rakaat, Masjid Kapitan Keling Beri Tawaran Pelbagai Hadiah

Ingin Galak Kanak-kanak Solat Tarawih 20 Rakaat, Masjid Kapitan Keling Beri Tawaran Pelbagai Hadiah

Menurut Setiausaha Masjid Kapitan Keling, hadiah akan diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya solat Tarawih 20 rakaat bagi tempoh 10 hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan amalan sunnah selain menjalani ibadah puasa di siang hari yang sememangnya wajib.

Bukan hanya golongan dewasa yang perlu beribadat sepanjang bulan mulia ini, bahkan kanak-kanak juga perlulah diajar dan dilatih untuk berpuasa dan mengerjakan solat sunat Tarawih di masjid secara berjemaah.

Masjid tawarkan hadiah untuk kanak-kanak yang rajin solat Tarawih

Susulan itu, sebuah masjid di Pulau Pinang telah menawarkan pelbagai hadiah kepada kanak-kanak yang berjaya melengkapkan solat Tarawih 20 rakaat.

Masjid Kapitan Keling di Georgetown melakukan inisiatif itu bagi memupuk semangat kanak-kanak untul solat berjemaah sepanjang bulan Ramadan.

Difahamkan, hadiah akan diberikan mengikut cop pada buku khas yang ditandatangani oleh Pengerusi masjid, Datuk Faruq Raja Mohamed setiap kali selepas selesai solat.

Antara hadiah-hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh atau basikal yang ditaja beberapa pihak.

Berjaya solat Tarawih 20 rakaat bagi tempoh 10 hari layak dapat hadiah

Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Ridzwan Abdul Ghafoor Khan berkata, hadiah akan diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya solat Tarawih 20 rakaat bagi tempoh 10 hari.

Mohamed Ridzwan berkata, sepanjang bulan puasa ini juga pihaknya akan menyediakan tiga kali pemberian hadiah kepada kanak-kanak.

Inisiatif ini galakan dan beri motivasi kepada kanak-kanak untuk ke masjid

Menurutnya, inisiatif itu sebagai galakan dan motivasi kepada kanak-kanak berkenaan bagi hadir ke masjid terbabit untuk menjalani solat Tarawih dan sasaran pihaknya pada tahun ini seramai lebih 100 kanak-kanak hadir ke masjid.

“Inisiatif itu bukan sahaja memberi semangat kepada kanak-kanak, malah mereka berazam mahu menghabiskan solat tarawih sehingga malam terakhir Ramadan,” katanya malam tadi (13 Mac) dipetik Harian Metro.

Turut hadir pada hari pertama program itu ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid juga menghadiri majlis tersebut dan memuat naik beberapa gambar di akaun Facebook rasminya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.