Padah Membuli, Pelajar Warga Asing Tumbang Kena Pukulan KO Anak Iban [Video]

Sudah menjadi lumrah, setiap sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi (IPT) pasti akan ada sahaja individu yang cuba berlagak samseng dengan jadi pembuli.

Malah lebih membimbangkan, apabila ada segelintir mangsa buli yang terpaksa menerima rawatan di hospital bahkan ada yang menemui ajal.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Zulfarhan, 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah

Padah pembuli warga asing salah jumpa mangsa buli

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang pembuli dipercayai pelajar warga asing di sebuah universiti swasta di Sri Petaling ini apabila dia telah ‘bertemu buku dengan ruas’.

Menerusi beberapa video klip yang sohor di media sosial, kelihatan pelajar warga asing itu yang juga didakwa sebagai pembuli jalanan (street bully) terbaring di dalam satu gelanggang tinju di kawasan universiti terbabit.

Pembuli ajak pelajar berbangsa Iban bergaduh

Difahamkan, segalanya bermula apabila pembuli warga asing itu ingin membuli seorang pelajar berbangsa Iban di jalanan dengan mengajaknya bergaduh.

Pun begitu, kedua-dua pelajar terbabit akhirnya bersetuju untuk mengadakan perlawanan tinju secara terbuka di universiti berkenaan.

Apa yang tidak diketahui oleh pembuli itu adalah pelajar berbangsa Iban itu sebenarnya merupakan seorang peninju dari Sarawak yang dikenali sebagai Anang Ngachau.

Bagi Anang, perlawanan tinju bersama pelajar warga asing itu untuk bukanlah sekadar ingin menunjuk kehebatannya semata-mata, tetapi bagi memberi pengajaran.

Pelajar warga asing terbaring lepas kena pukulan KO

Dalam video tersebut, kelihatan pelajar warga asing itu terbaring selepas menerima pukulan KO (Knockout) dari Anang sehingga berdarah.

Menariknya, selepas memenangi perlawanan itu Anang dengan segera memberi ‘ceramah’ serta amaran kepada pembuli itu agar menghormati pelajar lain dan tidak membuli lagi.

Pembuli jadi pengecut, lari semasa perlawanan tinju

Dalam satu lagi perkongsian video berasingan pula, kelihatan pembuli warga asing itu berlari seperti seorang pengecut semasa sedang bertarung sehingga terpaksa dikejar oleh Anang.

Video tersebut turut dikongsikan di akaun Twitter (X) @FunnyWorld1313 sekaligus mendapat pelbagai reaksi ramai.

Ramai puashati dengan tindakan Anang beri pengajaran pada pembuli

Memindai ruangan komen, ratar-rata pengguna Twitter berpuashati melihat kekalahan pembuli tersebut serta bersetuju dengan tindakan Anang yang memberi pengajaran kepada pelajar warga asing itu.

Malah mereka turut mengakui kebanyakan orang berbangsa Iban sememangnya berani serta kuat untuk beradu tenaga.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago