“Luar Sekolah, Dalam Kondo” – Guru Hias Bilik Majalah Seakan Kediaman Raih Pujian Ramai [Video]

Menjadi seorang guru di sekolah bukan tanggungjawab mudah, bukan sahaja perlu mengajar pelajar malah cara untuk memastikan mereka bersemangat ke sekolah juga harus difikirkan.

Antara cara yang paling kerap dilakukan oleh kebanyakan guru dalam menarik minat pelajar adalah dengan menghiasi kawasan sekolah dan kelas.

Jika sebelum ini tular di media sosial seorang guru wanita menghiasi bilik kelas pendidikan seni dengan mural bertemakan komik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kreatifnya!” – Guru Wanita Dipuji, Hias Dinding Kelas Dengan Lukisan Mural Berkonsepkan Komik [Video]

Guru lelaki hias bilik majalah seperti kediaman

Kini tular pula seorang guru lelaki menggunakan kretivitinya menghias bilik majalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar di Kulai, Johor sehingga kelihatan seperti sebuah kediaman.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sir_koja, kelihatan kawasan luar bilik majalah itu hanyalah seperti bilik darjah biasa.

Bagaimanapun, segalanya kelihatan memukau sebaik berada di hadapan pintu dan memasuki bilik berkenaan yang dihiasi dengan pelbagai perabot serta dekorasi.

@sir_koja

Sebab ramai kata video sebelum ni mcm drone murah la, lalat bawak kamera la, rama2 yg rakam la…hahahaha…kelakar…saya rakam smula….

♬ Positive Vibes – Soundbeaver

“Luar sekolah, dalam kondo,” tulis guru lelaki terbabit di dalam video.

Turut kelihatan di dalam bilik majalah berkenaan rak berwarna putih yang disusun sepanjang kawasan dinding, sofa bersiaz kecil serta ruangan membuat air yang diletakkan bersama mesin pembuat kopi.

Selain bilik majalah, ruangan lain di dalam sekolah juga dihiasi guru berkenaan

Difahamkan, selain bilik majalah, guru terbabit turut menghiasi beberapa ruangan lain di sekolah berkenaan seperti bilik kesihatan, perpustakaan, koperasi, bilik SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) dan sebagainya.

@sir_koja

perpustakaan sekolah yang cukup lengkap dgn pelbagai kegunaan…pelbagai sumber..dan pelbagai kemudahan…berkonsepkan industrial hentam keromo dan marvel vibe walaupun eclectic…selalu menjadi tempat pelajar2 mendapatkan aircond dan berehat seketika melepaskan lelah dan penat belajar…warga sekolah sangat bangga dgn kemudahan perpustakaan ini dan byk idea dan konsep dtg drp warga sekolah…selamat datang ke perpustakaan sekolah kami..

♬ Motivation For Success – TimTaj
@sir_koja

bilik kesihatan ni baru je siap diubah…sebelum ni mmg x mcm rupa bilik kesihatan pun, murid2 masuk je macam makin sakit je…transformasi….

♬ Menjemput Rezeki – Sinka Sisuka

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum melihat dekorasi yang dilakukan oleh warga pendidik itu.

Malah segelintir netizen mendakwa ia boleh dijadikan inspirasi buat para guru lain untuk berbuat perkara sama di sekolah masing-masing.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago