fbpx

“Kreatifnya!” – Guru Wanita Dipuji, Hias Dinding Kelas Dengan Lukisan Mural Berkonsepkan Komik [Video]

Menurut guru tersebut, lukisan mural komik itu berunsurkan 13 bahasa seni visual bagi subjek Pendidikan Seni Visual.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap sekolah atau guru di Malaysia, pasti ada cara tersendiri yang digunakan untuk menarik minat murid-murid untuk ke sekolah.

Ada sesetengah sekolah yang mencantikkan kawasan persekitaran dengan lukisan-lukisan di dinding untuk menarik minat pelajar dan ada segelintir guru pula sanggup menghias kelas bagi menarik minat murid.

Guru wanita hias kelas lukis sendiri mural berkonsepkan komik di dinding

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video seorang wanita dipercayai guru telah menghias dinding kelas di sebuah sekolah di Kelantan dengan lukisan mural yang dibuat olehnya sendiri.

Menerusi hantaran di laman TikTok akaun @cgsiti, guru yang dikenali sebagai Siti Azubairah itu memuat naik video terbabit di dalam media sosial adalah untuk disimpan sebagai kenangan.

Apa yang menariknya, lukisan mural yang dilukis oleh guru terbabit bertemakan komik di mana pelbagai animasi tempatan dan superhero luar negara yang dipamerkan.

Mural komik berunsurkan 13 bahasa seni visual

Tidak hanya itu, lukisan mural komik itu juga dikatakan berunsurkan 13 bahasa seni visual bagi subjek Pendidikan Seni Visual.

“Simpan buat kenangan. Mural yang bertemakan komik berunsur 13 Bahasa Seni Visual dalam Pendidikan Seni Visual. Moga bermanfaat,” tulisnya di kapsyen.

Di dalam video tersebut, kelihatan beberapa hero animasi tempatan dan luar negara seperti BoBoiBoy, Mechamato, Dragon Ball, Naruto serta superhero antarabangsa, Spiderman yang dilukisnya.

@cgsiti

Full movie..simpan buat kenangan. Mural yang bertemakan komik berunsurkan 13 Bahasa Seni Visual dalam Pendidikan Seni Visual. Moga bermanfaat 🎨😘 #muralkomik #mural #anime #optimusprime #spiderman #art #goku #mechamato #narutoshippuden #boboiboy #batman

♬ Live Your Beautiful Life – Gray Griggs

Netizen kagum lihat guru wanita berbakat dalam melukis

Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan melebihi 300,000 dan 26,800 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji dan kagum dengan kehebatan seni guru tersebut dalam melakukan lukisan mural.

Guru sanggup pakai kostum Spiderman demi tarik minat murid

Terdahulu, BuzzKini pernah melaporkan seorang guru yang juga bergelar ustaz di sebuah sekolah pedalam di Sarawak sanggup mengenakan kostum superhero Spiderman demi menarik minat anak murid untuk hadir ke sekolah bagi menuntut ilmu.

Jelas di sini, kebanyakan guru di Malaysia memberikan sepenuh hati mereka dalam mendidik anak murid demi masa depan negara.

Sebagai pelajar ataupun ibu bapa, kita haruslah sentiasa menghormati golongan para guru ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.