fbpx
Now Reading
Demi Tarik Minat Murid Ke Sekolah, Cikgu Di Pedalaman Sanggup Jadi Spiderman

Demi Tarik Minat Murid Ke Sekolah, Cikgu Di Pedalaman Sanggup Jadi Spiderman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Bukan mudah sebenarnya menggalas tugas sebagai pendidik. Tugas mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa ‘menjaga’ anak-anak murid dari segi tingkah laku dan disiplin sepanjang mereka berada di sekolah.

Bahkan kita kerap terdengar ada guru yang sanggup melakukan apa sahaja perkara di luar bidang tugas mereka demi amanah yang digalas.

Itu yang dilakukan seorang guru bergelar ustaz yang menunjukkan usaha dan kegigihan beliau membawakan watak superhero Spider-Man khas untuk anak muridnya di sebuah sekolah di pedalaman Sarawak.

Difahamkan semua ini dilakukan demi menarik minat pelajar di sekolah tersebut untuk datang ke sekolah bagi menimba ilmu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Muhammad Tarmizi berkongsi foto-foto sewaktu dia mengenakan kostum adiwira tersebut sempena kemasukan semula murid Tahun1,2 3,4 dan 5 di Sekolah Kebangsaan Kampong Kut, Daro, Sarawak.

Mereka berhak bahagia..

“Walaupn jauh di pedalaman sarawaak, mereka berhak bahagia..

“Sempat la semalam bertukar watak sekejap.. Ustaz boleh, Spiderman pun kita on la.. Janji anak didik kita semangat untk hadir ke sekolah” tulis Ustaz Tarmizi.

Menerusi foto yang dikongsikan pendidik ini, jelas kostum Spiderman yang digunakannya membuatkan anak murid begitu gembira. Malah ramai turut dilihat mengambil peluang untuk bergambar bersama ‘adiwira’ mereka itu.

Perkongsian beliau turut dikongsikan akaun FB rasmi SK Kampong Kut Daro kepada orang ramai.

“Kehadiran adiwira Spiderman menghiburkan suasana kemasukan semula murid Tahun1,2 3,4 dan 5 SK Kut. Semoga semuanya bersemangat selalu!” tulis pengendali akaun FB SK Kg Kut Daro.

Inisiatif beliau seharusnya mendapat pujian ramai. Buat Ustaz Tarmizi dan para guru disana serta di seluruh negara, kami doakan segala urusan kalian dalam mendidik anak bangsa kita menuju ke mercu kejayaan dipermudahkan dan mendapat ganjaran di sisi yang Maha Esa.

Jasa yang takkan pernah terbalas, terima kasih para guru!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.