Sebelum ini, kami ada menceritakan mengenai satu video tular memaparkan sekumpulan kanak-kanak tadika PASTI di Pulau Pinang yang membantu rakan istimewa mereka.
Menerusi video itu kelihatan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Umar menggunakan papan luncur untuk bergerak bersama rakannya ketika berada di luar kelas.
Namun disebabkan mengalami kesukaran untuk menggerakkan papan luncur di atas rumput, dia kemudian dibantu oleh rakan-rakan yang berusaha untuk menolak papan berkenaan agar Umar boleh melalui kawasan itu.
Baca artikel berkaitan: Bantu Rakan OKU, Gelagat Kanak-Kanak Tadika PASTI Undang Sebak [Video]
Susulan daripada video berkenaan, baru-baru ini seorang individu di TikTok dari @shifty.skateshop bersama rakannya telah bertindak untuk menghadiahkan adik Umar papan luncur baharu buat si kecil itu.
Menerusi video yang dikongsikan, @shifty.skateshop yang dikenali sebagai Joe dan bantuan rakannya telah membuat satu papan luncur khas buat Umar selepas melihat video si kecil itu tular di media sosial.
“Aku tengok pada video tu dia (Umar) suka dengan skateboard jadi aku cuba cari contact melalui guru dia, kemudian guru tu bagi nombor mak dia dan alhamdulillah mak Umar gembira sangat sebab aku berhajat nak bagi satu skateboard.
“Yang tergerak hati aku sebab dia gunakan skateboard tu untuk bergerak. Dia ada kerusi roda tapi Umar lebih suka pakai skateboard, mak dia cakap lagi laju,” kata Abang Joe.
Untuk papan luncur yang diberikan kepada Umar, Joe telah menggunakan getah khas yang dibeli dari rakannya.
Jelasnya beliau, getah itu sepatutnya diimport dari Amerika Syarikat namun atas faktor kekangan masa dia mendapatkan bahan tersebut dari rakannya. Beliau memilih untuk memakai material getah itu pada permukaan papan luncur tersebut kerana ia lembut dan bersesuaian untuk Umar.
Dalam video sama, Joe turut menunjukkan momen ketika Umar menerima papan luncur berkenaan dan dia kelihatan sangat gembira.
“Wah lembutnya mummy tak sama macam yang dulu. Cantik,” kata Umar sebaik sahaja membuka bungkusan kiriman Abang Joe dan rakannya.
Apa yang menarik perhatian Umar turut mencuba papan luncur tersebut di luar rumahnya dan kelihatan dia meluncur dengan laju.
“Umar suka yang ni, sebab dulu kasar (permukaan papan luncur) sakit tangan. Yang ni lembut tak sakit tangan,” ujarnya.
Malah kanak-kanak kecil itu turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan Shifty Skateshop sentiasa dimurahkan rezeki agar dapat membantu orang susah.
“Saya doakan semua pekerja dekat Shifty Skateshop dapat rezeki yang paling banyak dan ganjaran di sisi Allah SWT,” ucap si kecil itu lagi.
Abang Joe yang terharu dengan ucapan Umar turut mengucapkan terima kasih kerana mendoakannya serta rakan-rakan.
“Abang Joe pun ada seorang anak yang istimewa, semoga pemberian Abang Joe ni dapat doa dari Umar dan keluarga untuk anak Abang Joe yang istimewa, untuk sahabat-sahabat iaitu Abang Fuad dan Abang Hafis.
“Terima kasih sangat-sangat, harap Umar gembira dengan pemberian kami,” jelas Joe.
Melihat di ruangan komen, orang ramai turut memuji sikap Joe dan rakan-rakannya kerana telah menggembirakan hati Umar dengan pemberian tersebut.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar perniagaan dijalankan mereka akan terus berkembang dengan baik.
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…