fbpx
Now Reading
“Wah Lembutnya”- Pelajar OKU PASTI Teruja Dapat Skateboard Baru [Video]

“Wah Lembutnya”- Pelajar OKU PASTI Teruja Dapat Skateboard Baru [Video]

Sebelum ini tular video memaparkan adik Umar yang perlu bergerak menggunakan papan luncur dibantu rakan sekolahnya dari tadika PASTI.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada menceritakan mengenai satu video tular memaparkan sekumpulan kanak-kanak tadika PASTI di Pulau Pinang yang membantu rakan istimewa mereka.

Menerusi video itu kelihatan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Umar menggunakan papan luncur untuk bergerak bersama rakannya ketika berada di luar kelas.

Namun disebabkan mengalami kesukaran untuk menggerakkan papan luncur di atas rumput, dia kemudian dibantu oleh rakan-rakan yang berusaha untuk menolak papan berkenaan agar Umar boleh melalui kawasan itu.

Baca artikel berkaitan: Bantu Rakan OKU, Gelagat Kanak-Kanak Tadika PASTI Undang Sebak [Video]

Lelaki dan rakan-rakan beri Umar papan luncur baharu

Susulan daripada video berkenaan, baru-baru ini seorang individu di TikTok dari @shifty.skateshop bersama rakannya telah bertindak untuk menghadiahkan adik Umar papan luncur baharu buat si kecil itu.

Menerusi video yang dikongsikan, @shifty.skateshop yang dikenali sebagai Joe dan bantuan rakannya telah membuat satu papan luncur khas buat Umar selepas melihat video si kecil itu tular di media sosial.

“Aku tengok pada video tu dia (Umar) suka dengan skateboard jadi aku cuba cari contact melalui guru dia, kemudian guru tu bagi nombor mak dia dan alhamdulillah mak Umar gembira sangat sebab aku berhajat nak bagi satu skateboard.

“Yang tergerak hati aku sebab dia gunakan skateboard tu untuk bergerak. Dia ada kerusi roda tapi Umar lebih suka pakai skateboard, mak dia cakap lagi laju,” kata Abang Joe.

Guna getah khas kerana lebih lembut dan sesuai untuk digunakan Umar

Untuk papan luncur yang diberikan kepada Umar, Joe telah menggunakan getah khas yang dibeli dari rakannya.

Jelasnya beliau, getah itu sepatutnya diimport dari Amerika Syarikat namun atas faktor kekangan masa dia mendapatkan bahan tersebut dari rakannya. Beliau memilih untuk memakai material getah itu pada permukaan papan luncur tersebut kerana ia lembut dan bersesuaian untuk Umar.

Dalam video sama, Joe turut menunjukkan momen ketika Umar menerima papan luncur berkenaan dan dia kelihatan sangat gembira.

“Wah lembutnya mummy tak sama macam yang dulu. Cantik,” kata Umar sebaik sahaja membuka bungkusan kiriman Abang Joe dan rakannya.

Apa yang menarik perhatian Umar turut mencuba papan luncur tersebut di luar rumahnya dan kelihatan dia meluncur dengan laju.

“Umar suka yang ni, sebab dulu kasar (permukaan papan luncur) sakit tangan. Yang ni lembut tak sakit tangan,” ujarnya.

@shifty.skateshop

Terima kasih kepada rakan @Foo Art893 @OFFICIAL DMMTV 🥇 sama2 membuat adik UMAR KITA NI HAPPY..🥹🥹 aku tgok video dia pon aku happy..kami xnk lebih ,kami cuma perlukan 🤲🏾doa sahaja dati @mamiandTheumars untuk perjalanan hidup kami seterusnya..#BG4L #localskateshops #skateboarding #kuantanpahang #KUANTAN #shiftyskateshopkuantan #skatemalaysia #fyp #tiktokmalaysia #skateboardingisfun #localbrand #pahangdarulmakmur

♬ bunyi asal – SHIFTY SKATESHOP – SHIFTY SKATESHOP

Ucap terima kasih dan doakan Abang Joe dan rakan-rakan dimurahkan rezeki

Malah kanak-kanak kecil itu turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan Shifty Skateshop sentiasa dimurahkan rezeki agar dapat membantu orang susah.

“Saya doakan semua pekerja dekat Shifty Skateshop dapat rezeki yang paling banyak dan ganjaran di sisi Allah SWT,” ucap si kecil itu lagi.

Abang Joe yang terharu dengan ucapan Umar turut mengucapkan terima kasih kerana mendoakannya serta rakan-rakan.

“Abang Joe pun ada seorang anak yang istimewa, semoga pemberian Abang Joe ni dapat doa dari Umar dan keluarga untuk anak Abang Joe yang istimewa, untuk sahabat-sahabat iaitu Abang Fuad dan Abang Hafis.

“Terima kasih sangat-sangat, harap Umar gembira dengan pemberian kami,” jelas Joe.

Ramai terharu dan puji pemberian papan luncur kepada adik Umar

Melihat di ruangan komen, orang ramai turut memuji sikap Joe dan rakan-rakannya kerana telah menggembirakan hati Umar dengan pemberian tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar perniagaan dijalankan mereka akan terus berkembang dengan baik.

“Selagi adik tu guna, selagi tu ganjaran mengalir untuk abang-abang kita ni. Kita semua turut aminkan doa adik Umar”

“Terima kasih bang.. Semoga perniagaan abang berjaya semoga Umar sentiasa sihat dan berjaya dunia akhirat”

“Luluh air mata bang, tengok video TikTok ni, semoga semua dirahmati Allah”

“Tak bolehlah sedih adik oi.. pagi-pagi ni acik dah sedu dah tengok awak happy. Terima kasih owner skateboard buat adik Umar happy”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.