fbpx
Now Reading
Ayah Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Majlis Graduasi Tadika Anak Buat Ramai Sedih [Video]

Ayah Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Majlis Graduasi Tadika Anak Buat Ramai Sedih [Video]

Menurut guru berkenaan, bapa Afnan dimasukkan ke hospital pada Jumaat (9 Februari) selepas diserang strok secara tiba-tiba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak, pemergian insan tersayang seperti ibu atau bapa merupakan detik paling sukar untuk dilalui.

Apatah lagi insan ini yang banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Pemergian mereka ke negeri abadi pastinya sukar untuk diterima namun harus diredai.

Ayah meninggal dunia beberapa minit sebelum majlis graduasi tadika bermula

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Afnan daripada tadika PASTI Pasir Mas, Kelantan yang kehilangan ayah tercinta sewaktu hari graduasinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dyazzz (@_nur.d) dipercayai guru tadika kanak-kanak tersebut, dia meluahkan rasa kagum dengan kecekalan anak muridnya walhal ayahnya baru meninggal dunia beberapa minit sebelum majlis graduasi berlansung.

Kelihatan wajah suram mungkin terkenang bapa yang sudah tiada

Malah ketika duduk bersama rakan dan mengambil sijil graduasi di atas pentas kelihatan wajahnya suram seperti sedang bersedih.

“Kuatnya anak murid cikgu. Beberapa minit sebelum majlis bermula, dapat berita yang ayah awak baru meninggal dunia.

“Cikgu-cikgu tak nak awak nangis,” katanya dalam video tersebut.

Malah guru di tadika terbabit turut mempercepatkan namanya dalam senarai mengambil sijil agar kanak-kanak lelaki itu dapat pulang dengan segera.

Bapa diserang strok dan dimasukkan ke hospital pada Jumaat, ibu terpaksa temani bapa

Memetik mStar, bapa kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital pada Jumaat (9 Februari) kerana diserang strok.

“Bapa Afnan dimasukkan ke hospital pada Jumaat selepas diserang strok secara tiba-tiba. Dia dah sedih sebab bapanya tak dapat hadir pada majlis graduasi yang berlangsung keesokannya (Sabtu, 10 Februari).

“Ibu Afnan yang juga guru PASTI pun tak dapat hadir sebab menjaga ayahnya di hospital. Jadi Afnan ditemani seorang guru lain di majlis itu.

“Tiba-tiba pada pagi Sabtu, sekitar pukul 8.45 pagi, cikgu yang menemani Afnan dapat call daripada ibunya, beritahu ayahnya meninggal dunia.

“Kami para guru dah sebak… jadi guru-guru percepatkan namanya untuk naik pentas terima sijil supaya boleh pulang untuk bertemu arwah bapanya,” jelas seorang guru dikenali sebagai Cikgu Yaya.

Namun si kecil atau nama penuhnya Muhammad Afnan Hafiz Sanusi hanya mengetahui yang bapanya sudah meninggal dunia selepas dia menerima sijil graduasi tersebut.

Tambah guru itu lagi, Afnan merupakan seorang pelajar cemerlang di tadika terbabit selain pernah merangkul anugerah Tokoh Murid PASTI di kawasan Pasir Mas pada tahun lalu.

Guru tak dapat tahan air mata rasa sebak

Lebih menyedihkan, para pendidik juga tidak dapat menahan air mata setiap kali melihat kanak-kanak itu kerana terkenang akan kehilangan ayahnya.

Di ruang kapsyen guru itu turut berdoa agar kanak-kanak lelaki itu membesar menjadi seorang anak yang soleh.

Ramai sebak sebaik melihat video anak kecil yang kehilangan ayah

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak mengenangkan nasib anak kecil tersebut.

Malah tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka sewaktu berdepan dengan situasi sama.

Selain itu, ada yang menyifatkan kanak-kanak itu seorang yang sangat kuat kerana jika mereka pasti tidak dapat melalui detik tersebut sepertinya.

“Allahuakbar, jadi anak soleh ya nak. Buat tolong ayah awak”

“Muka dia buat saya menangis”

“Membesar dengan jayanya ya sayang. Aunty doakan semoga kuat untuk hadapi kehidupan seterusnya. Jangan lupa ibu ya. Jagalah ibu dengan baik”

“Kesian dia tempat bergantung sudah pergi”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.