fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi Jadi Buta Kerana Kerap Gosok Mata [Video]

Wanita Kongsi Jadi Buta Kerana Kerap Gosok Mata [Video]

Menurut Ila, sekitar berusia satu tahun setengah dia masih boleh melihat sedikit namun penglihatannya mula menjadi kabur serta gelap apabila berusia lima ke enam tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mata adalah anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia untuk melihat.

Namun tidak semua dapat merasai kenikmatan mempunyai pancaindera ini sehingga ke akhir hayat. Ini kerana, ada segelintir dari kita yang tidak dapat melihat oleh beberapa faktor seperti kesihatan dan sebagainya.

Wanita OKU kongsi bagaimana mata boleh buat sepenuhnya

Baru-baru ini, seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan telah berkongsi pengalaman menjadi buta sepenuhnya akibat kerap menggosok mata.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, wanita dikenali sebagai Ila Kamilah menceritakan sebelum ini keluarganya memaklumkan dia mengalami cacat penglihatan namun boleh melihat sedikit ketika berusia satu tahun lebih.

Malah ketika di usia itu ahli keluarganya turut cuba menguji penglihatannya dengan meletakkan barang dan meminta Ila untuk mengambilnya. Manakala pada usia tiga hingga empat tahun Ila mula mengenali warna dan memberitahu warna kesukaannya adalah ungu.

“Mak saya dulu ambil upah menjahit, jadi kain-kain tu saya suka tenung tengok warna kain-kain tu. Dulu warna yang paling saya suka adalah warna ungu. Ingat lagi dulu waktu kecil-kecil saya suka warna ungu.

“Kalau saya jumpa kain warna ungu, saya tenunglah sebab suka,” katanya.

Penglihatan mula kabur, habuk bertebangan buat mata gatal

Namun ketika berusia sekitar lima ke enam tahun penglihatannya mula kabur dan gelap. Perkara itu kerana dia dahulu suka bermain di luar seperti kanak-kanak lain meskipun mengalami kesukaran untuk melihat.

“Saya suka main dekat luar, bila main dekat luar ni habuk-habuk akan beterbangan dekat mata jadi akan menyebabkan gatal.

“Jadi saya akan tenyeh-tenyeh (gosok) mata, lepas tu dah jadi tak nampak. Lama-lama tu makin gelap sebab ada selaput mata dah tutup kita punya biji mata.”

Adik beradik lain juga OKU penglihatan

Dalam satu lagi video, Ila turut mendedahkan adik-beradiknya yang lain juga tidak boleh melihat namun kedua ibu bapanya adalah normal dan tidak mengalami masalah sama.

@ilakamilah97

Adik beradik saya semua BUTA ?

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Pendedahan Ila itu kemudiannya mendapat perhatian ramai dan membuatkan mereka bimbang kerana turut sering melakukan perbuatan sama.

Malah ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sama apabila pandangan menjadi gelap selepas mengosok mata dan ia mengambil masa sehingga 2 jam untuk melihat semula. Sejak pada itu dia hanya meletakkan ubat apabila terasa pedih kerana bimbang akan berulang lagi.

“Takutnya aku kuat gosok mata, kadang sampai bengkak mata”

“Aku dulu masa kecik selalu gosok mata sebab resdung. Akhiranya kesan rabun tinggi”

“Lepas ni aku tak nak gosok mata dah takut”


Gosok mata boleh beri kemudaratan

Memetik Hello Doktor, perbuatan menggosok mata dengan kuat boleh menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi kepada kesihatan mata malah ia juga adalah satu perbuatan yang buruk untuk dilakukan.

Antara kesannya adalah:

  • Menjejaskan penglihatan kerana perbuatan tersebut boleh memecahkan saluran darah di mata.
  • Kongjungtivitis kerana tangan mengandungi banyak kuman dan ia boleh menyebabkan ia berjangkit pada mata.
  • Kerosakan kornea mata, tindakan menggosok mata terlalu kerap boleh menyebabkan kornea menjadi nipis sehingga mengganggu penglihatan.
  • Masalah mata yang sedia ada menjadi lebih teruk.

Tindakan perlu dilakukan untuk henti tabiat menggosok mata

Bagi mereka yang sudah biasa menggosok mata pastinya perkara ini sedikit sukar untuk ditinggalkan, namun ia baik untuk kesihatan mata anda.

Yelah mata ini digunakan sehingga ke akhir hayat jadi walau apa cara sekali pun kita perlu usaha menangani masalah tabiat buruk ini.

  • Jika ada objek asing terperangkap dalam mata, keluarkannya dengan mencuci mata menggunakan sterile saline atau pelincir atau air mata palsu. Jumpa doktor jika gagal untuk mendapatkan bantuan.
  • Gunakan titisan mata dengan kerap untuk pastikan mata hidrasi dan mengelakkan kering, gatal atau kerengsaan.
  • Dapatkan bantuan doktor sekiranya mata kering.
  • Makan makanan yang boleh meningkatkan kesihatan mata seperti lobak merah, ikan berlemak, sayuran berdaun gelap, lada benggala warna oren dan banyak lagi.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.