fbpx
Now Reading
Bantu Rakan OKU, Gelagat Kanak-Kanak Tadika PASTI Undang Sebak [Video]

Bantu Rakan OKU, Gelagat Kanak-Kanak Tadika PASTI Undang Sebak [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan kanak-kanak berkenaan segera datang membantu sebaik melihat rakan mereka, Umar sukar untuk bergerak menggunakan papan luncur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, yang bermaksud jika ingin mengajar seseorang individu ia perlu diasuh sejak dari kecil lagi.

Ini kerana, jiwa kanak-kanak yang masih polos dan suci itu mudah untuk menerima setiap ajaran atau nilai empati kepada diri mereka.

Kanak-kanak tadika pasti bantu rakan OKU

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video memaparkan sekumpulan kanak-kanak dari tadika PASTI Badrul Munir Sg Kechil, Pulau Pinang yang mulia akhlaknya sehingga membuatkan ramai sebak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nurhidayati yang juga dipercayai seorang guru di tadika berkenaan, awalnya kelihatan seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) sedang duduk di atas sebuah papan luncur (skate board).

Kanak-kanak dikenali sebagai Umar itu kemudian meluncurkan papan tersebut ke arah rumput untuk mengikuti rakan-rakannya yang ketika itu menuju ke suatu arah.

Namun memandangkan rumput tidak mempunyai permukaan yang rata seperti simen ia menyukarkan kanak-kanak berusia enam tahun itu untuk meluncurkan papannya.

Segera datang bantu lepas lihat rakan berada dalam kesusahan

Sedar rakan istimewanya itu sedang dalam kesusahan seorang kanak-kanak lelaki kemudian segera berlari untuk menolak papan tersebut sebelum dibantu oleh seorang lagi rakan yang cuba menarik dari bahagian hadapan.

Namun apa yang menarik perhatian tidak lama selepas itu, beberapa lagi kanak-kanak datang membantu sehingga mereka berjaya membawa Umar menyusur di atas rumput tersebut.

@hikayathamba

Umar anak istimewa tapi terasa normal dikalangan mereka, anak2 yang suci ini dididik nilai akhlak, moral, budi dan Pemantapan aqidah tentang Allah dan Rasul balasan baik dan buruk, dan semua teori ini kita boleh lihat secara kasar bagaimana ia menatijahkan hasil, mashaAllah. #budakpasti #pasti #fyp #gurupasti #pastiviral

♬ bunyi asal – 𝓐𝓳𝓲𝓶 𝓣𝓪𝓴𝓪𝓭𝓪 🎯 – 𝓐𝓳𝓲𝓶 𝓣𝓪𝓴𝓪𝓭𝓪 🎯

Umar seronok belajar di tadika PASTI ramai suka bantu

Dalam satu lagi hantaran, Norhidayati turut memuat naik video lama memaparkan adik Umar meluahkan rasa seronok belajar di tadika berkenaan kerana ramai yang ringan tulang dan sentiasa menghulurkan bantuan kepadanya.

@hikayathamba

Video ni dirakam 7 Februari 23 awal tahun baru baru ini, sempena akhir sesi budak 6 tahun, kita boleh lihat bagaimana petahnya umar dalam menghargai kawan-kawannya. Tahniah @mamiandTheumars berjaya mendidik umar erti syukur dan menghargai orang lain. taip ni pun dalam keadaan sedih. #umar #budakpasti #pasti #budakpastiviral #gurupasti #fyp #akhlakmulia

♬ original sound – nurhidayati – nurhidayati

Melihat di ruangan komen ramai yang rasa terharu melihat kesungguhan kanak-kanak tersebut membantu Umar.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan mereka agar menjadi seorang insan yang baik suatu hari nanti.

“Allah, semoga dipermudahkan urusan awak semua anak-anak”

“Anak saudara saya mengaji sekali Umar, dia suka sangat kawan dengan Umar”

“Menitis air mata selalu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.