fbpx
Now Reading
Bintang Porno Sah Kahwin Kru Sendiri Selepas Ditahan Buat Aktiviti Haram

Bintang Porno Sah Kahwin Kru Sendiri Selepas Ditahan Buat Aktiviti Haram

Pasangan yang melangsungkan perkahwinan di balai polis itu dibenarkan berkahwin kerana ia tidak mengganggu proses siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang merupakan pelakon filem lucah di Indonesia telah bernikah dengan seorang kru dari filem sama selepas ditahan oleh pihak berkuasa kerana melakukan aktiviti tidak senonoh.

Wanita yang merupakan bintang filem lucah dikenali sebagai SE berusia 27 tahun serta kru dikenali sebagai AT, 30 telah dinikahkan di pejabat Polda Metro Jaya (balai polis).

Dah rancang lama untuk berkahwin sebelum kena tahan isu pembikinan filem lucah

Menurut pihak berkuasa, perkahwinan itu telah dirancang pasangan terbabit sebelum aktiviti haram mereka dibongkarkan.

“Pasangan itu sudah lama merancang untuk berkahwin dan ia sebelum aktiviti haram terbongkar,” ujar Dirkrimsus Polda Metro Jaya, Ade Safri Simanjuntak, lapor Detik News.

Untuk info, bintang porno itu menjadi suspek kerana dipercayai terlibat sebagai pelakon dan setiausaha sebuah rumah produksi filem lucah manakala lelaki yang menjadi suaminya adalah seorang jurutera bunyi.

Suspek dibenarkan berkahwin kerana tidak mengganggu proses siasatan

Jelas Ade Safri, perkahwinan itu dibenarkan selagi ia tidak menganggu proses siasatan dan ia diadakan di pejabat berkenaan bagi memastikan suspek tidak melarikan diri.

Ujarnya seramai lima suspek telah ditahan dipercayai terbabit dalam pembikinan filem lucah.

Antara yang ditahan ialah pengarah, pentadbir laman web, jurukamera termasuklah pasangan yang baru bernikah itu.

Mereka didakwa telah menghasilkan sebanyak 120 filem lucah sejak 2022 selain dikatakan mengaut keuntungan sebanyak 500 juta rupiah (RM1.5 juta).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.