Umum mengetahui, peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel sejak beberapa hari lalu masih berterusan sehingga kini apabila kedua-dua pihak saling berbalas serangan.
Setakat hari ini, ribuan nyawa dilaporkan terbunuh akibat peperangan itu selain ratusan kediaman dan bangunan telah musnah akibat dibom.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Retak Hati Berkeping-keping” – Masjid Hasil Dana Rakyat Malaysia Di Palestin Musnah Dibom [Video]
Selain warga Palestin, terdapat juga rakyat Malaysia yang terkandas di Gaza pada ketika ini dan diantaranya ialah seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Ain Haron.
Nurul Ain menerusi satu hantaran video di akaun Facebook miliknya mendedahkan keadaan di Gaza, Palestin pada ketika ini.
Menurutnya, dia berada dalam keadaan tidak cukup tidur kerana serangan daripada rejim Zionis dilancarkan tanpa henti sejak waktu malam.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kepada yang bertanya khabar saya. Maaf muka tak cukup tidur, serangan daripada malam tadi tanpa henti.
“Kalau boleh nampak di sebelah sana ada asap-asap hitam tu, itu baru sahaja sekejap tadi kena bom,” katanya.
Menurut Nurul Ain lagi, penduduk di Palestin juga pada ketika ini meneruskan kehidupan harian tanpa bekalan tenaga elektrik dan air kerana disekat.
Susulan itu, dia dah keluarganya terpaksa menggunakan kuasa bateri kereta bagi mendapatkan sambungan rangkaian internet.
Dalam video sama, turut kelihatan adik ipar kepada Nurul Ain yang sedang mengambil bekalan air daripada tangki di sebuah bangunan.
Jelas Nurul Ain, penduduk yang kehilangan rumah kerana musnah dibom juga telah menyelamatkan diri dengan berpindah menetap di sekolah, kediaman saudara mara dan rakan-rakan.
“Teruskan beri sokongan dan doa kepada kitorang, Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, terima kasih semua, Assalamualaikum,” katanya lagi.
Beliau turut berkongsi beberapa lagi video di sekitar kawasan berkenaan untuk tatapan orang ramai khususnya tempat yang musnah akibat serangan bom puak Zionis.
“Ini salah satu satu tempat yang kena bom, maaf mentally broke, speechless, tidak tahu nak cakap apa. Situasi ketika ini sangat-sangat teruk. Terus doakan kami,” katanya di dalam video tersebut.
Dalam pada itu, Wisma Putra sedang menyelaras proses membawa keluar beberapa rakyat Malaysia termasuk Nurul Ain dan keluarga dari Semenanjung Gaza.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Nurul Ain serta suaminya yang sudah berada di Gaza sejak 1 Oktober lalu dijadualkan akan berlepas ke Emirah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Oktober depan.
“Berdasarkan komunikasi terkini, Nurul dan suaminya sedang membuat perancangan untuk keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah. Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan sudah berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bagi urusan bantuan.
“Atas faktor keselamatan, butiran pelan evakuasi (membawa keluar) yang sudah dirancang buat masa kini, tidak dapat dikongsi dengan umum,” katanya dipetik Berita Harian hari ini (12 Oktober).
Zambry berkata, empat lagi rakyat Malaysia berada di Tebing Barat adalah Dr Nurul Ain Latiff dan tiga kanak-kanak dengan pasport Malaysia.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…
Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…