The Rock Dikecam Selepas Gelar Hamas ‘Terrorist’, Siap Tutup Komen Di Posting IG
Menurut Dwayne Johnson, apa yang dirinya tahu ialah tindakan kebencian seperti pengganasan ini tidak pernah dibenarkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut saja The Rock, pasti ramai yang mengenali dan meminati pemilik nama Dwayne Johnson yang sering muncul dalam filem-filem Hollywood seperti Journey 2: The Mysterious Island, Black Adam, Fast & Furious, Red Notice dan banyak lagi
Bagaimanapun, jumlah peminat The Rock ini mungkin telah berkurang susulan kenyataannya berkaitan isu peperangan antara Palestin dan Israel pada ketika ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ultras Celtic, Green Brigade Bentang Kain Sepanduk ‘Free Palestine’ Semasa Perlawanan Di Liga Scotland [Video]
Dwayne menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya berkata, hatinya berasa hancur, marah dan terkejut dengan pembunuhan yang didakwa kejam terhadap orang-orang Yahudi.
Dwayne Johnson dakwa Hamas sebagai pengganas
Tidak hanya itu, dia turut menggelarkan pejuang Hamas yang ingin menuntut bela atas penindasan terhadap warga Palestin ketika ini sebagai pengganas.
“Saya sangat sedih, marah, dan terkejut oleh pembunuhan dan penculikan yang kejam oleh kumpulan pengganas Hamas terhadap orang Yahudi.
“Kehilangan nyawa yang semakin bertambah dari orang Israel dan Palestin yang tidak bersalah seiring dengan berlanjutnya perang ini sangat memilukan hati,” tulisnya.
Dwayne Johnson tak tahu tentang konflik Palestin dan Israel
The Rock bagaimanapun mengakui tidak mengetahui mengenai konflik yang sedang melanda di Timur Tengah ini kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam.
Pun begitu, Dwayne berkata apa yang dirinya tahu ialah tindakan kebencian seperti pengganasan ini tidak pernah dibenarkan.
“Saya mengutuk dan mengecam pengganasan, dan hati saya merasa simpati kepada semua mangsa yang tidak bersalah dan keluarga yang kehilangan orang yang mereka cintai dalam saat tragis ini,” tulisnya lagi.
The Rock tutup komen, tapi tetap kena kecam
Seakan tahu dirinya bakal dikecam ramai, Dwayne lantas menutup ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik olehnya itu.
Bagaimanapun, rata-rata netizen tetap memberi kecaman kepada bekas ahli gusti WWE itu menerusi ruangan komen pada hantaran-hataran terdahulunya.
Ruangan komen dipenuhi bendera Palestin dan tulisan ‘Free Palestine’
Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin apabila ruangan komen dipenuhi dengan bendera negara itu berserta tulisan ‘Free Palestine’.
Berdekad Palestin diserang, Dwayne Johnson tak pernah bersuara
Sejak berdekad lamanya, penduduk Palestin telah hidup dalam kesengsaran akibat tanah mereka dicuri kaum Israel dengan penuh kejam.
Selama berpuluh tahun jugalah orang yang tidak bersalah di Palestin seperti wanita, warga emas, dan kanak-kanak dibunuh tanpa belas kasihan oleh rejim Zionis.
Susulan itu netizen mempersoalkan mengapa susuk tubuh sasa ini tidak pernah bersuara mengenai isu tersebut? Namun kini apabila pejuang Hamas kembali bangkit menuntut pembelaan dan kebenaran malah dia bersuara dan menuduh mereka sebagai pengganas.
Sebagai info, The Rock sebelum ini pernah memberikan ucapan berhubung konflik di antara Ukraine dan Rusia.
Fikir dan nilaikan sendiri. Ingat! yang terkenal tak semestinya bijak…
BACA ARTIKEL BERKAITAN: