Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza, Palestin yang dibina oleh badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia (MCM) musnah akibat dibom tentera Israel.
Menerusi hantaran carousel di akau TikTok @muslimcaremalaysia.my, kelihatan beberapa gambar keadaan masjid tersebut yang musnah sepenuhnya.
Penduduk Palestin kutip Al-Quran yang tertimbus di bawah runtuhan masjid
Dalam gambar yang sama, turut kelihatan beberapa orang penduduk setempat sedang mengutip Al-Quran yang tertimbus di sebalik runtuhan itu.
Menurut MCM menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, pihaknya berjaya membina masjid tersebut pada penghujung tahun 2013 untuk kegunaan rakyat Palestin.
Masjid Muhammad Al-Amin yang siap dibina pada penghujung 2013 akhirnya musnah
Bagaimanapun selepas hampir 10 tahun, masjid yang tersergam indah hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia itu akhirnya musnah dan tidak lagi boleh digunakan lagi.
“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zionis.
“Biarpun begitu, semangat jihad orang Islam tidak akan pernah pudar.
“Sebagaimana kuatnya jiwa pejuang saudara kita di Palestin, begitu jugalah teguhnya hati kita semua akan terus bersatu,” katanya.
MCM tetap akan terus salurkan bantuan dan dana kepada Palestin
Menurut MCM lagi, pihaknya juga akan menyalurkan lebih banyak bantuan dan dana sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.