Ultras Celtic, Green Brigade Bentang Kain Sepanduk ‘Free Palestine’ Semasa Perlawanan Di Liga Scotland [Video]
Sepanduk pertama menunjukkan tulisan ‘Bebaskan Palestin’ manakala sepanduk kedua pula tertera ‘Kemenangan Kepada Pihak Pejuang!!’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pemain ke-12 Celtic FC iaitu Ultras Celtic, Green Brigade memberi sokongan terhadap Palestin dengan mempamerkan kain sepanduk ‘Free Palestine’ semasa perlawanan kelab itu bersama Kilmarnock dalam Liga Utama Scotland di Parkhead, Glasgow.
Menurut Daily Record, ia susulan pertempuran di Timur Tengah selepas kumpulan Hamas melancarkan serangan ke atas Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang.
Membalas serangan itu, Gaza mengatakan sekurang-kurangnya 198 rakyat Palestin telah terkorban dalam serangan udara Zionis.
Penyokong Celtic FC konsisten tunjuk sokongan kepada Palestin
Kain sepanduk yang diangkat pada perlawanan Sabtu lalu (7 Oktober) itu membuktikan bahawa sebahagian penyokong Celtic secara konsisten menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan Palestin.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan di media sosial, kelihatan jelas dua kain sepanduk besar telah dibentangkan oleh Green Brigade.
Green Brigade stands with Palestine pic.twitter.com/odgblO8Ijv
— North Curve Celtic (@NCCeltic) October 8, 2023
Kain sepanduk bertulis ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Kemenangan Kepada Pihak Pejuang!!’
Sepanduk pertama menunjukkan tulisan ‘Bebaskan Palestin’ manakala sepanduk kedua pula tertera ‘Kemenangan Kepada Pihak Pejuang!!’.
Bendera Palestin turut dikibarkan sebagai tanda sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis sejak berabad lamanya.
Green Brigade once again at the political forefront, with "Free Palestine" & "Victory to the Resistance" banners + Hamas Flag on display at the Celtic – Kilmarnock game today.
— The Fast Lovin' Sin-Soaked Heathen (@fast_sin) October 7, 2023
Sentiments that many on the left agree with but will not publicly declare. pic.twitter.com/IJH7vjhcLo
Untuk info, ini bukanlah kali pertama para penyokong Celtic FC menunjukkan sokongan padu mereka terhadap Palestin apabila mereka pernah berbuat perkara sama pada tahun 2018, 2022 dan awal tahun ini.