Demi Selamatkan Kanak-Kanak Kena Sawan, Pengantin Sanggup Hentikan Majlis Kahwin Seketika

Jika sudah dinamakan pengamal perubatan pasti mereka sentiasa akan bersedia untuk membantu masyarakat tidak kiralah dalam apa situasi sekalipun termasuklah jika berada di tempat awam.

Ini kerana, ikrar yang dipegang mereka untuk sentiasa membantu individu yang memerlukan mengelakkan pesakit menjadi parah jika lambat mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

Pengantin perempuan sanggup hentikan majlis kahwin seketika demi selamatkan kanak-kanak

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pengantin perempuan yang juga jururawat di China apabila sanggup menghentikan majlis kahwinnya buat seketika demi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak.

Malah tindakannya itu turut membuatkan dia digelar sebagai ‘pengantin tercantik’ dari kalangan netizen.

Menerusi laporan The Thaiger, kejadian itu berlaku apabila kanak-kanak yang hadir ke majlis berkenaan mengalami kekejangan (sawan) kerana demam panas.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Chang secara kebetulan merupakan seorang jururawat di jabatan pediatrik di Luliang City, wilayah Shanxi.

Tanpa berfikir panjang dia kemudian bertindak menangguhkan majlis terbabit demi membantu kanak-kanak yang tidak sihat tersebut.

Keadaan kanak-kanak itu dimaklumkan oleh abang pengantin lelaki

Laporan media China menjelaskan ketika pasangan pengantin sedang bersiap sedia untuk berarak masuk ke majlis mereka, abang pengantin lelaki memaklumkan terdapat kanak-kanak perempuan diserang sawan.

Sebaik menyedari perkara itu, Chang segera menghentikan majlis dan segera membuat pemeriksaan kepada kanak-kanak itu. Dia didapati mengalami demam panas serta sawan.

Chang kemudian menjaga kanak-kanak itu sehingga demamnya reda dan keadaannya menjadi bertambah baik sekitar 10 minit selepas itu.

Beri nasihat dan langkah yang perlu diambil oleh keluarga

Pengantin perempuan itu lalu menasihati keluarga kanak-kanak berkenaan apakah langkah yang perlu dilakukan dan menunggu sehingga dia dibawa hospital untuk rawatan lanjut sebelum kembali menyambung majlis perkahwinannya.

Seorang jurugambar yang dikenali sebagai Wen turut menjelaskan budak perempuan itu mengalami sedikit demam pada hari itu dan ia mungkin di sebabkan keadaan cuaca.

Namun secara tiba-tiba kanak-kanak itu jatuh sakit dan mula sawan, kelihatan dia berterus mengigit lidahnya sehingga membuatkan keluarga bimbang dengan keadaannya, lapor Sanook.

Anggap itu sudah jadi tanggungjawab untuk rawat dan selamatkan pesakit

Jururawat itu menjelaskan sebagai pengamal perubatan yang profesional perkara itu telah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu menyelamat dan merawat individu memerlukan.

“Perkahwinan itu dihentikan sementara, dan kami membantu kanak-kanak terbabit terlebih dahulu.”

Sebaik sahaja video mengenai kejadian dikongsikan, ramai yang memuji sikap Chang.

Malag mereka mengatakan dia seorang pengantin yang paling cantik, bidadari yang memakai gaun putih serta pengantin lelaki sangat bertuah memilikinya.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan pendapat ibu bapa tidak sepatutnya membawa anak yang tidak sihat di tempat awam dan hanya berehat di rumah.

Untuk tonton video, tekan link di sini.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

11 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

11 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

11 hours ago