“Bukan Hilang 1 Tapi 2 Nyawa” – Isteri Hamil 8 Bulan Meninggal Dunia Selepas 4 Tahun Tunggu Zuriat [Video]

Bagi setiap pasangan yang berkahwin, cahaya mata merupakan penyeri dalam kehidupan berumah tangga.

Kehadiran cahaya mata merupakan detik yang dinanti-nantikan namun ia bergantung kepada rezeki dan ketentuan daripada Allah.

Ada segelintir pasangan yang dikurniakan anak selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, ada juga pasangan yang terpaksa menunggu satu tempoh yang lama bagi menikmati kebahagiaan ini.

Namun, ada juga pasangan hanya dapat mengecapi nikmat bahagia dalam tempoh yang singkat sebelum diuji dengan ujian yang lebih berat.

Isteri Hamil Lapan Bulan Meninggal Dunia Bersama Bayi Dalam Kandungan

Begitulah yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila diuji dengan pemergian dua insan tersayang.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok mrwanofficial77, seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Ezaty binti Abdul Latif meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.

Difahamkan, dia sedang hamil anak pertama dan kandungannya telah mencecah usia lapan bulan. Apa yang lebih menyedihkan adalah bayi yang dikandung turut sama meninggal dunia.

@mrwancaiofficial77

Nor Ezaty Binti Abdul Latif Meninggal Dunia Bersama Anak Dalam Kandungannya Yang Berusia 8 Bulan. Punca Kematian Ibu Muda Berusia 26 Tahun Ini Adalah Di Sebabkan Sesak Nafas. InshaAllah Team UKVJ HQ Akan Membantu Pengurusannya Sebentar Lagi. Nantikan Live Yang Akan Di Buat Pada Bila² Masa!

♬ Dawai – Fadhilah Intan

Ujian Hebat Buat Suami Yang Hebat. Kebahagiaan Yang Di Kecapi Hilang Dalam Sekelip Mata. Kehilangan Yang Di Lalui Bukan Satu Tapi Dua. Ibu Syahid Kini Berbahagia Bersama Anaknya Di Syurga😭

Posted by Mr Wan Cai Official on Tuesday, 10 October 2023

Tunggu Zuriat Selama Empat Tahun

Ezaty yang berusia 26 tahun itu dikatakan telah menunggu kehadiran cahaya mata bersama suaminya selama empat tahun.

Namun, saat membahagiakan itu hanya dapat dinikmati sekejap oleh suaminya apabila kedua-dua insan tersayang telah pergi buat selamanya.

Menerusi video berasingan yang dikongsikan di akaun TikTok berkenaan, kelihatan sang suami menangis hiba sambil ditenangkan oleh dua orang individu yang dipercayai ahli keluarganya.

@mrwancaiofficial77

Berpisah Dengan Insan Tersayang Terlalu Sakit Untuk Di Terima😭 InshaAllah Video Penuh Pengurusan Ibu Muda Ini Akan Saya Kongsikan Petang Nanti. #IbuMudaSyahidBersamaAnak

♬ Dawai – Fadhilah Intan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh suami wanita berkenaan. Kebanyakannya turut berasa sedih serta mengucapkan takziah di atas pemergian wanita itu.

Malah, segelintir daripada mereka turut berkongsikan pengalaman yang sama kehilangan ahli keluarga yang sedang mengandung.

Moga Nor Ezaty Diampunkan Dosa-Dosanya & Ditempatkan Dalam Kalangan Para Solihin

Dengar Family Arwah Cerita, (Trying To Conceive) TTC 4 Tahun Baru Rezeki Mengandung

4 Tahun Tunggu Zuriat, Sebulan Je Lagi Nak Jadi Ayah

Semoga Si Suami Terus Kuat

Semoga Arwah Isteri & Anak Ditempatkan Di Syurga

Sama Dengan Jiran Saya, Semalam Meninggal Tiba-Tiba Bersama Anak Dalam Kandungan 8 Bulan

Baca Artikel Berkaitan: Sedih! 10 Tahun Tunggu Zuriat, Namun Isteri Meninggal Selepas 3 Bulan Melahirkan Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “9 Tahun Kami Tunggu Zuriat” – Suami Isteri Reda Anak Ditemui Mati Lemas Bersama Datuknya

Recent Posts

  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

6 mins ago
  • Trending

“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…

41 mins ago
  • Gaya Hidup

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga…

49 mins ago
  • Trending

“Sekali Keluar Kena RM5,000” – Wanita Pilih Lelaki Kaya Berbanding Kacak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang dikenali sebagai Mira itu mendakwa, RM5,000 merupakan jumlah minimum yang perlu dibawa oleh…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Mengaku Salah Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, 4 Individu Didenda RM500

Empat tertuduh yang mengaku bersalah atas kesalahan memasak mi segera di stesen minyak tersebut turut…

3 hours ago
  • Trending

“Cik Bob Ke ni?” – Tular Lelaki Mirip Cik B Buat Ramai Terhibur [Video]

Di dalam video terbabit, lelaki seiras Cik B itu dilihat mengenakan cermin mata berwarna putih…

4 hours ago