fbpx
Now Reading
“9 Tahun Kami Tunggu Zuriat” – Suami Isteri Reda Anak Ditemui Mati Lemas Bersama Datuknya

“9 Tahun Kami Tunggu Zuriat” – Suami Isteri Reda Anak Ditemui Mati Lemas Bersama Datuknya

Menurut Zarina Azmi, sebelum kejadian tingkah laku anaknya itu sudah mula berubah apabila kerap peluk dan cium semasa menemani di kedai makan miliknya menyebabkan dia berasa hairan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila menerima khabar anak yang disayangi telah pergi menghadap Ilahi, lebih-lebih lagi apabila pasangan itu sudah lama menunggu untuk mendapat zuriat.

Begitulah dugaan yang terpaksa dihadapi seorang wanita yang dikenali sebagai Zarina Azmi bersama suaminya selepas kehilangan anak tunggal mereka, Muhammad Ziyaf Mikhail Muhammd Yuzarith berusia setahun tujuh bulan akibat lemas.

“Saya dan suami tunggu sembilan tahun untuk dapat cahaya mata, tetapi dia pergi tidak sampai dua tahun tinggal bersama kami,” luah Zarina.

Muhammad Ziyaf ditemui lemas bersama datuknya, Azmi Abdullah yang berumur 78 tahun di sebuah kolam hiasan terbiar berdekatan sebuah restoran di Taman Kempas, Sungai Petani sekitar jam 7.20 malam kelmarin (11 Septemper).

Masih terkejut dan trauma, namun ibu mangsa tetap reda dengan ketentuan Ilahi

Menurut Zarina yang berumur 34 tahun, dia reda dengan ketentuan Allah SWT meskipun masih lagi terkejut dan trauma dengan kejadian itu.

“Saya dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 37, masih bersedih kerana anak kesayangan yang kami tunggu sembilan tahun hilang sekelip mata.

“Saya masih trauma dengan kejadian ini dan mungkin sukar untuk melupakannya dalam masa terdekat,” katanya dipetik Kosmo.

Kerap peluk dan cium, ibu pelik kelakuan anak berubah sebelum kejadian

Menurutnya lagi, dia hairan dengan tingkah laku anaknya itu yang asyik memeluk dan menciumnya sepanjang menemani di gerai makan miliknya di Taman Kempas sebelum kejadian itu.

“Saya rasa pelik dengan perbuatannya itu kerana seolah-olah dia enggan berenggang dengan saya sehingga datuknya datang mengambilnya pada pukul 5 petang semalam.

“Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya sebelum dimaklumkan anak ditemui me­ninggal dunia di dalam kolam itu kira-kira pukul 7.20 petang semalam,” katanya lagi.

Kolam hiasan terbiar dengan kedalam hampir 1 meter telah lama wujud di kawasan itu

Sementara itu, seorang jurukimpal, Alif Ikhmal Kintan berumur 26 tahun berkata kolam berbentuk berkenaan yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya berkeluasan anggaran satu meter lebar dan panjang tiga meter dengan kedalaman hampir satu meter itu sudah lama.

Menurutnya, semasa berada di rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian, dia mendapat berita menerusi aplikasi perbualan WhatsApp yang memaklumkan terdapat dua mangsa kemas ditemui di kolam berkenaan menyebabkan dia bergegas ke sana.

“Apabila saya sampai, mayat lelaki dewasa dan cucunya telah selesai diangkat oleh pihak polis,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui pekerja restoran, tiada unsur jenayah ditemui

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mayat warga emas dan cucu lelakinya itu ditemui seorang pekerja restoran tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Katanya, pemeriksaan terhadap kedua-dua mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Kami di BuzzKini turut mengucapkan salam takziah buat Puan Zarina dan suami atas kehilangan anak tunggal mereka dan datuknya…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.