Sedih! 10 Tahun Tunggu Zuriat, Namun Isteri Meninggal Selepas 3 Bulan Melahirkan Anak [Video]
Kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan suami isteri itu hanya kekal selama tiga bulan apabila isterinya meninggal dunia setelah melahirkan cahaya mata pertama mereka, Arya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan anak sebagai penyeri kepada rumah tangga.
Namun, tidak semua suami isteri berpeluang menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat. Ada segelintir yang perlu menunggu lima tahun atau lebih sebelum dikurniakan rezeki sedemikian.
Selain diuji dengan penantian cahaya mata, ada juga suami isteri yang dikurniakan kebahagiaan sementara bersama zuriat sebelum diuji dengan ujian kehilangan pasangan.
Sama-Sama Menanti Zuriat Selama 10 Tahun, Isteri Meninggal Selepas 3 Bulan Lahirkan Anak
Begitulah yang terjadi dengan seorang lelaki di Jakarta, Indonesia apabila kehilangan isterinya selepas tiga bulan menimang cahaya mata pertama.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Tik Tok @missdenok, lelaki itu bersama arwah isterinya yang dikenali sebagai Ayu Pratiwi telah menunggu kehadiran cahaya mata selama 10 tahun.
Namun, kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan berkenaan hanya bersifat sementara apabila isterinya meninggal dunia setelah melahirkan anak pertama mereka, Arya selepas tiga bulan.
“Tepat tiga bulan selepas melahirkan Arya, Allah lebih menyayangi isteri saya,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan di Tik Tok.
Menerusi video yang telah mendapat lebih 1 juta tontonan itu, pasangan berkenaan sempat melaksanakan majlis aqiqah buat puteri kesayangan mereka.
Dalam video yang berasingan, lelaki berkenaan reda dengan takdir yang menimpanya. Namun, jika diberi pilihan antara isteri dan anak, dia lebih memilih untuk mempunyai isteri walaupun tidak dikurniakan anak lagi.
“Kalau diberi pilihan, saya lebih memilih isteri saya, tidak apa kalau belum dikurniakan anak, janji kita tua bersama,” tulisnya di video berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersedih dan simpati dengan nasib yang dihadapi oleh lelaki itu.
Rata-ratanya meminta dia untuk kuat dan tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang terutama ketika membesarkan puteri kesayangan mereka.
Al-Fatihah Buat Isteri
Semoga Tabah Dan Diberi Keikhlasan Menjalani Ini Semua
Adik Aku Pun Pergi Menghadap Illahi Setelah 44 Hari Bersalin
Baca Artikel Berkaitan: