fbpx
Now Reading
Wanita Maklum Diri Hamil Buat Rakan Sekerja Sebak, Lepas 4 Tahun Menanti [Video]

Wanita Maklum Diri Hamil Buat Rakan Sekerja Sebak, Lepas 4 Tahun Menanti [Video]

Menurut Nur Hayati, dia sudah menanti selama empat tahun untuk memiliki zuriat sendiri sehingga ia membuatkan rakan-rakan berasa sebak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah tentu ingin memiliki anak mereka sendiri.

Ini kerana kehadiran si comel sering diibaratkan sebagai penyeri bagi rumah tangga dan melihat kelitah mereka sentiasa membuatkan individu yang bergelar ibu bapa rasa bahagia.

Malah saat mengetahui diri sedang hamil merupakan antara berita gembira yang sering dinanti-nantikan khususnya bagi pejuang garis dua yang sudah lama menanti.

Bukan hanya gembira ada juga yang sehingga menitiskan air mata, kerana tidak sangka atas rezeki diberikan Allah SWT.

Rakan sebak lepas wanita beritahu diri hamil

Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan sekumpulan rakan sekerja yang mengalirkan air mata selepas sebak apabila sahabat mereka memaklumkan diri sedang berbadan dua selepas empat tahun menanti zuriat.

Menerusi video dikongsikan oleh Mrs Cool Person, pada awalnya mereka ingin membuat kejutan sambutan hari jadi kepada rakan yang bernama Nur Hayati.

Buat kejutan untuk sambut hari jadi sebelum beritahu berita gembira

Namun selepas membuat sambutan hari jadi itu mereka kemudian diminta oleh Hayati untuk mengikuti setiap perkataan yang disebut sebelum mengumumkan berita kehamilannya.

“Aku cakap korang ikut tau. Assalamualaikum saya Nur Hayati Binti Abdul Halim ingin memberitahu saya mengandung,” katanya dalam keadaan sebak.

Sebaik sahaja memberitahu berita gembira itu, kesemua rakan sekerjanya bersorak. Mereka kemudian berpelukan antara satu sama lain dan kelihatan segelintir darinya turut mengalirkan air mata.

Tunggu selama empat tahun untuk dapat anak

Hayati turut memaklumkan bahawa dia telah menanti selama empat tahun dan usia kandungannya dipercayai sekitar tiga bulan.

Rakan-rakan yang gembira itu turut berpesan agar Hayati tidak melakukan kerja yang berat demi menjaga kandungan yang sudah lama dinantikan tersebut.

“Tahniah ‘babe’ kita nak suprise dia, dia yang suprise kita balik. Empat tahun penantian,” tulis Mrs Cool Person di dalam video.

@mrscoolperson

Orang suprisekan dia.. dia suprisekan kita balik..

♬ original sound – MrsCool Person – MrsCool Person

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada wanita tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar pasangan lain yang sudah lama menanti akan dikurniakan kehadiran si comel suatu hari nanti.

“Kenapa ni semua For Your Page (FYP) malam ni semua mengandung. Sebak saya tengok, harap saya pun dapat merasainya juga”

“Saya yang menangis”

“Semoga ada rezeki saya dan suami, dan kawan yang cuba untuk mengandung (TTC) yang lain”

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.