fbpx
Now Reading
Guna Background Suara Arwah Bapa Nyanyi Lagu Happy Birthday, Anak Didie Alias Buat Ramai Sebak [Video]

Guna Background Suara Arwah Bapa Nyanyi Lagu Happy Birthday, Anak Didie Alias Buat Ramai Sebak [Video]

Menurut Diyana, ketika bapanya masih ada dia tidak pernah lupa untuk menyambut hari jadi anak perempuan itu meskipun ia hanya ‘teh tarik lepas session’ atau bersiar-siar di Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemergian ibu atau bapa merupakan perkara yang berat untuk diterima bagi seseorang yang bergelar anak.

Meskipun sedih kerana tiada lagi insan yang dipanggil ‘ibu’ atau ‘ayah’ tetapi kenangan yang dicipta bersama akan sentiasa berada dalam ingatan.

Malah adalah satu kelebihan sekiranya anda merupakan seorang yang gemar bergambar, merakam video dan sebagainya untuk menyimpan memori bersama yang tersayang.

Ini kerana apabila mereka sudah tiada hanya itu yang dapat menjadi pengganti untuk melepaskan rindu.

Anak Didi Alias kongsi kesedihan pertama kali sambut Hari Jadi tanpa bapa

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan anak kepada pelakon Didie Alias iaitu Diyana Ridzuan Hashim yang berkongsi kesihannya menyambut ulang tahun yang ke-24 tanpa bapa tercinta.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Diyana yang juga anak kepada pelakon Ridzuan Hashim telah menziarahi ke pusara bapanya.

Sewaktu menziarahi kubur Diyana turut membacakan yasin buat bapa tercinta selain turut mencurahkan air dan kelopak bunga di atas pusara pelakon berkenaan.

Apa yang lebih menyedihkan, di dalam video tersebut Diyana turut menggunakan suara latar arwah bapanya yang sedang menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ selain turut menitipkan doa.

“Hari jadi pertama tanpa ayah, tiada dah tertunggu-tunggu ayah nak hantar pesanan suara atau call Nana (Diyana) nyanyikan happy birthday. Saya rindu untuk ayah ada disekeliling saya.

“Tengoklah ada anak kucing teman Nana jumpa ayah. Ayah tanya kan bila Nana nak datang rumah ayah? Ni Nana datanglah ni rumah baru ayah waktu hari jadi saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rindu sambut hari jadi bersama arwah bapa

Anak kepada aktor itu turut menyatakan bapanya tidak pernah lupa untuk meraikan hari jadinya meskipun ia hanya ‘sesi lepak teh tarik’, bersiar di sekitar Kuala Lumpur dan semua perkara itu sangat bermakna sekarang. Malah dia turut menyatakan dia merinduinya.

“Nana ingat lagi dulu ayah pernah dua tahun belikan Nana Scrabble (permainan) yang sama tetapi saya sangat menghargainya, ia adalah satu peringatan yang dikira,” luahnya lagi.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang sebak dengan video dikongsikan oleh anak kepada pelakon Didi Alias itu dan mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.

Malah tidak kurang juga ada yang berkongsi kerinduan mereka terhadap ibu bapa yang sudah tiada.

“Happy birthday Nana, sebelum ni sedih tengok awak sedih kehilang ayah awak sekarang saya baru tahu rasa sedih sebenar-benarnya kehilangan ayah itu. Ayah saya baru pergi 23 Oktober lalu, doakan untuk ayah saya dan saya kuat macam awak”

“Happiest birthday Nana, anak yang baik. Semoga yang baik-baik selalu buat Nana ya. Peluk dia”

“Happy Birthday Nana! Jangan sedih arwah ayah tetap ada dalam ingatan Nana! Love you”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.