fbpx
Now Reading
“Kakak Ingat Ayah Lupa Ke?” – Reaksi Anak Sulung Lihat Adik Dapat Hadiah Undang Sebak [Video]

“Kakak Ingat Ayah Lupa Ke?” – Reaksi Anak Sulung Lihat Adik Dapat Hadiah Undang Sebak [Video]

Difahamkan kakak sulungnya tidak mendapat hadiah daripada keluarga ketika menyambut hari jadi pada bulan lalu kerana bapa mereka tidak sempat membeli hadiah untuknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat segelintir individu, hari lahir merupakan hari yang dinanti-nantikan pada setiap tahun. Ia menjadi lebih bermakna apabila hari istimewa itu turut diingati dan disambut oleh yang tersayang terutamanya ahli keluarga.

Jika ahli keluarga terlupa untuk mengucapkan atau menyambutnya bersama-sama, sudah pasti akan menimbulkan sedikit rasa sedih dalam hati.

Ia menjadi bertambah sedih sekiranya hari istimewa ahli keluarga yang lain tidak dilupakan berbanding hari jadi sendiri.

Kakak Tumpang Gembira Adik Dapat Hadiah Hari Jadi

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @afifrushdan, dia berkongsikan reaksi kakak sulungnya yang tumpang gembira dan tidak cemburu apabila adik perempuannya menerima kejutan hadiah hari jadi.

Pada awal video berkenaan, kelihatan bapa Afif memberi hadiah kepada kakak keduanya. Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah reaksi kakak sulung yang tumpang gembira dan dilihat seolah-olah menutup rasa sedih dengan pemberian hadiah tersebut.

Ini kerana difahamkan kakak sulungnya tidak mendapat hadiah daripada keluarganya ketika menyambut hari jadi pada bulan lalu kerana bapa mereka tidak sempat membeli hadiah untuknya.

Ayah Beri Kejutan Sama Kepada Anak Sulung

Sedar dengan reaksi kakak sulungnya yang dilihat seolah-olah menyembunyikan kesedihan, Afif dilihat sengaja merakam reaksi kakaknya itu.

Malah, si gadis turut kelihatan membelek hadiah pemberian ayah kepada adik perempuannya itu.

Turut kedengaran bapa mereka bertanyakan soalan kepada anak sulungnya sama ada hadiah yang diberi kepada anak kedua itu cantik atau tidak.

Namun tidak sampai berapa ketika, bapa mereka sekali lagi membuat kejutan yang sama dengan memberikan hadiah kepada gadis tersebut.

Kakak sulung Afif dilihat begitu gembira dan seolah-olah menahan sebak sebaik sahaja bapanya menghulurkan hadiah kepada dirinya.

“Kakak ingat ayah lupa kakak ke?” kata ayah Afif kepada kakak sulungnya itu.

Video yang turut dikongsikan di platfrom Twitter (X) nyata mengundang reaksi pelbagai pihak. Rata-rata dari warganet terutamanya mereka yang terdiri dari anak sulung memuji dan memahami sikap gadis berkenaan.

Malah, ada yang turut berkongsikan rasa yang sama kerana bagi mereka anak sulung sememangnya banyak berkorban perasaan dalam keluarga.

Namun, ada juga yang turut memuji tindakan ibu bapa Afif yang dilihat tidak membeza-bezakan anak mereka.

Berikut antara komen warganet:

Kita Pula Sedih, Jadi Anak Sulung Ni Memang Banyak Makan Hati

Seronok Tengok Keluarga Ada Ayah Yang Cakap Lemah Lembut Macam Ni

Tak Payah Kakak Nangis, Saya Pun Nangis

Kita Pula Yang Nangis

Sama Macam Kita, Acah-Acah Terkejut Dapat Hadiah Lepas Tu Berlinang Air Mata

Baca Artikel Berkaitan: “Hon 3 Kali Tanda Wish Birthday” – Wanita Ini Kena Prank Sempena Hari Jadi Bikin Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Setiap Tahun Terlepas” – Bapa Sebak Anak Buat Kejutan Terbang Dari London Demi Sambut Hari Jadi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.