fbpx
Now Reading
“Alhamdulillah Allah Dengar Doa”- 19 Tahun Menanti, Pasangan Suami Isteri Syukur Dikurnia Zuriat Pertama

“Alhamdulillah Allah Dengar Doa”- 19 Tahun Menanti, Pasangan Suami Isteri Syukur Dikurnia Zuriat Pertama

Menurut wanita berkenaan, anak pertamanya dilahirkan pada 26 November yang lalu pada usia 42 tahun selepas 19 tahun menanti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan suami isteri di dunia ini pastinya mengimpikan zuriat sebagai penyeri dalam kehidupan berumah tangga.

Namun, cahaya mata merupakan salah satu rezeki kurniaan Allah. Ada orang yang dikurniakan rezeki zuriat dalam tempoh yang singkat.

Ada juga yang menunggu untuk tempoh yang lama sebelum dikurniakan rezeki tersebut selepas pelbagai cara dan usaha dilakukan.

Pasangan Suami Isteri Dapat Anak Lelaki Selepas 19 Tahun Penantian

Siapa sangka, berkat penantian selama 19 tahun, sepasang suami isteri akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @anakmuharom, wanita itu berkongsikan momen terindah bersama suaminya apabila mereka dikurniakan zuriat.

Menurut wanita berkenaan, anak pertamanya dilahirkan pada 26 November yang lalu pada usia 42 tahun selepas 19 tahun berusaha (TTC).

“Cerita setiap orang tak sama, pengalaman pun tak sama, cepat dan lambat semua kerja Allah. Meminta dan reda dengan setiap yang dah tertulis, 19 tahun bukan sekejap, yang lalui je faham,” tulisnya di kapsyen.

Anggap Rezeki Berkat Doa Orang Ramai

Tambah wanita itu lagi, kehadiran zuriat pertamanya dianggap berkat dari orang ramai yang mendoakannya.

“Alhamdulilah, Allah dengar doa-doa kita, dan mungkin juga bukan doa kami, mungkin doa orang yang kami bahagiakan.

“Doa orang yang kita belanja, doa anak yatim, doa orang-orang yang kita bantu tanpa sedar,” tulisnya lagi.

@anakmuharom

Cerita setiap org x sama..pengalaman pun x sama,cpt n lmbat semua kerja Allah,kite terus berdoa,meminta n redha ngan setiap yg dh tertulis,19 thn bkn sekejap,yg lalui je faham 🤭 alhamdulillah Allah dengar doa² kite ♥️ mungkin jugak bkn doa kami,mungkin doa org yg kite bahagiakan,doa org yg kite belanja makan,doa anak² yatim,doa org yg kite bantu tanpa sedar 😊 #mybaby #myzuriat #19tahun #terimakasihallah #2023 #november #26112023 #loveyou #babyboy #baby

♬ original sound – umai – umai

Perkongsian Undang Reaksi Dari Warganet

Perkongsian video itu nyata mengundang reaksi positif dari warganet. Kebanyakannya mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit yang akhirnya memperolehi cahaya mata pertama.

Ada juga yang menzahirkan rasa syukur dan kagum dengan kebesaran Allah yang mengurniakan rezeki seperti itu selepas tempoh 19 tahun.

Malah, ada juga pasangan yang sedang dalam usaha untuk mendapatkan anak juga turut memohon doa dari pasangan itu serta warganet yang lain agar dikurniakan rezeki yang sama.

Berikut antara komen warganet:

Allahuakbar, Saya TTC 14 Tahun, Perasaan Menanti Tu Tak Pernah Padam

Sama Macam Jiran Saya, TTC 19 Tahun, Dia Tak Sedar Dia Mengandung, Tahu-Tahu Dah 8 Bulan

Allahuakbar, Saya Rasa Saya Dah Lama TTC 15 Tahun Baru Dapat Baby, Tak Sangka Ada Yang Lebih Lama Dari Saya

Tahniah! Doakan Saya Juga 11 Tahun Menunggu

Saya TTC 17 Tahun Tumpang Gembira Untuk Puan

Tahniah! Penantian Saya Berakhir Setelah 20 Tahun, Puteri Kami Sekarang Dah Berusia 10 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: “10 Tahun Menanti”- Minta Gambar Disunting Ada Bayi, Wanita Ini Dihujani Doa Orang Ramai Dikurnia Zuriat

Baca Artikel Berkaitan: 7 Tahun Sabar Menanti Zuriat, Pasangan Sebak Bakal Menimang Cahaya Mata Pertama

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.