fbpx
Now Reading
“10 Tahun Menanti”- Minta Gambar Disunting Ada Bayi, Wanita Ini Dihujani Doa Orang Ramai Dikurnia Zuriat
minta sunting gambar letak bayi, ramai doakan wanita ini dapat anak

“10 Tahun Menanti”- Minta Gambar Disunting Ada Bayi, Wanita Ini Dihujani Doa Orang Ramai Dikurnia Zuriat

Apa yang lebih menarik perhatian, hantaran wanita ini turut dihujani dengan doa orang ramai yang berdoa agar dia diberikan kurniakan zuriat satu hari nanti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berbicara soal cahaya mata tidak dinafikan adakalanya ia merupakan perkara yang sensitif buat segelintir pasangan yang sudah lama menanti zuriat.

Malah, kata orang anak merupakan salah satu pengikat kasih sayang antara suami isteri selain amanah terbesar yang diberikan oleh Allah SWT.

Bagi pejuang ‘garis dua’ yang sudah lama berusaha untuk mempunyai anak, pasti pelbagai kaedah dan cara telah mereka usahakan dalam mencapai impian tersebut.

Minta sunting gambar

Baru-baru ini, tular satu hantaran gambar yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman grup Facebook Edit Apa Hari Ini? yang meminta agar gambarnya disunting.

Menerusi hantaran tersebut, wanita yang dikenali sebagai NouRfi itu telah meminta orang ramai di laman grup berkenaan untuk menyunting gambarnya dengan meletakkan gambar bayi comel yang sedang terbaring di sebelahnya.

10 tahun menanti zuriat

Jelasnya, dia sudah lama menginginkan untuk mempunyai cahaya mata dan sudah 10 tahun menanti.

“Boleh tak tolong suntingkan ada bayi comel tengah baring sebelah kita.

“Teringin nak ada anak. 10 tahun menanti tanpa zuriat,” maklumnya dengan memberi emoji sedih.

Ramai doakan agar dikurniakan zuriat

Melihat di ruangan komen, ternyata ramai yang menunaikan permintaan wanita ini dengan menyunting gambarnya dengan meletakkan seolah-olah bayi itu berada dipangkuannya.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar NouRfi dikurniakan cahaya mata oleh Allah SWT.

‘Bagus ahli group ni’

‘Semoga adik cepat-cepat dikurniakan cahaya mata yang comel, gebu, bijak..’

‘Saya doakan semoga akak dapat zuriat secepatnya..’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.