fbpx
Now Reading
Dikecam Isu Jantina Bayi, Wanita Ini Beri Penjelasan Sebalik Keinginan Timang Anak Sulung Lelaki

Dikecam Isu Jantina Bayi, Wanita Ini Beri Penjelasan Sebalik Keinginan Timang Anak Sulung Lelaki

Menerusi hantaran yang dikongsikan di akaun Facebook miliknya, Inara meluahkan rasa kecewa setelah mendapat tahu jantina anak pertama yang dikandungnya adalah perempuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cahaya mata merupakan penyeri dalam kehidupan rumah tangga buat setiap pasangan suami isteri.

Kehadiran anak merupakan rezeki daripada Allah SWT. Ada yang dikurniakan dalam tempoh yang singkat namun ada juga menunggu untuk tempoh yang lama sebelum memperolehinya.

Buat segelintir pasangan suami isteri terutama yang sedang menanti anak pertama, ada di antara mereka yang telah menetapkan jantina bayi sulung ini.

Ini kerana mereka mempunyai sebab tersendiri mahu jantina tertentu buat cahaya mata yang pertama.

Kecewa Lepas Dapat Tahu Jantina Bayi

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang dikenali sebagai Tasya Inara menerima kecaman apabila membuat satu hantaran mengenai jantina cahaya mata pertamanya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di akaun Facebook milik wanita berkenaan, dia meluahkan kekecewaan setelah mendapat tahu jantina anak pertama yang dikandungnya adalah perempuan.

“Tadi scan, tiba-tiba nampak tiga garis, doktor terus cakap tahniah ‘girl’, saya suruh doktor tengok lagi, lepas tu doktor kata ikutkan memang perempuan tapi nampak macam lelaki pula,” tulisnya.

Dia mengakui sedih dengan perkhabaran tersebut dan turut berkongsi visual imbasan kandungan yang dibuat bagi meminta pendapat orang ramai tentang jantina bayinya.

“Masuk kereta saya menangis, menangis yang teramat sangat. Dah la dalam tak sedia nak ada anak, Allah bagi baby girl, bukan tak bersyukur tapi saya terlalu mahu anak lelaki,” tulisnya lagi.

Luahannya itu nyata mengundang kecaman dari warganet malah dia dilihat seolah-olah tidak bersyukur dan telah mengguriskan hati pasangan yang belum dikurniakan anak.

Jelas Sebab Sebenar Mahu Jantina Lelaki Bagi Anak Sulung Pertama

Namun, menerusi hantaran terbaharu yang dibuat oleh Inara, dia memohon maaf dan menjelaskan sebab dia mahukan anak lelaki sebagai cahaya mata pertamanya.

Menurut Inara, dia tiada niat untuk menyakiti hati individu lain dan hanya mahu meluahkan rasa kecewa di platform berkenaan.

Tambah wanita itu, dia bukan tidak mahu menerima kenyataan, namun faktor masa silam dan keadaan dirinya menyebabkan dia mahu anak sulung lelaki.

“Saya penghidap Gangguan Depresi Utama (MDD) dan bipolar sejak umur 17 tahun dan masih dalam medication under psikiatri sampai sekarang. Saya memang merasa saya tak layak jadi ibu, saya takut, anak saya malu dapat ibu mental macam saya.

“Dalam masa yang sama, saya takut tak mampu besarkan anak saya dengan baik. Jadi, ini jawapan kenapa saya makan pil perancang sampai empat tahun dan ianya juga atas saranan doktor. Tapi, salah saya kerana terikut kata mak saya untuk henti makan pil, sebab takut rahim tak subur.

“Saya juga penghidap tritikotilomania, iaitu sejenis penyakit cabut rambut. Saya akan cabut rambut siapa saja ada dekat saya. Adik-adik saya pun jadi mangsa. Saya pernah dimasukkan ke wad psikiatri kerana tak mampu berhenti cabut rambut. Adakalanya sehingga berdarah, baru saya puas hati,” tulisnya lagi.

Dek kerana itulah dia mahu anak lelaki sebagai anak pertama kerana bimbang tidak dapat menjadi ibu yang baik buat anak perempuannya nanti.

“Saya fikir dengan adanya anak lelaki pertama, saya masih ada masa untuk sembuh dan bila lahirnya anak perempuan di kemudian hari nanti, penyakit cabut rambut ini sudah beransur pulih,” tulisnya lagi.

Menerusi hantaran tersebut, Inara turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dengan hantarannya sebelum ini.

Warganet Mohon Maaf

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga memohon maaf di atas andaian awal yang dibuat kepada wanita berkenaan.

Ada di antara mereka yang menasihatkan wanita itu agar menerima dan menganggap segala yang berlaku pasti ada hikmah.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman mengalami penyakit yang sama kepada wanita berkenaan.

Berikut antara komen warganet:

Semoga Segala Urusan Dipermudahkan

Semoga Allah Kurniakan Kesembuhan Kepada Cik Puan

Ada Hikmah Kenapa Allah Bagi Kita Anak Perempuan

Semoga Terus Kuat

Saya Antara Yang Marah Semalam, Semoga Dipermudahkan

Baca Artikel Berkaitan: “Awak Ibu Yang Kuat” – Kisah Wanita Jatuh Perigi Ketika Sarat Hamil Raih Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Saja Nak Kongsi Realiti Perkahwinan”- Luahan Isteri Hamil Tentang Pengorbanan Suami Buat Ramai Sedih

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.