fbpx
Now Reading
“Awak Ibu Yang Kuat” – Kisah Wanita Jatuh Perigi Ketika Sarat Hamil Raih Perhatian Ramai

“Awak Ibu Yang Kuat” – Kisah Wanita Jatuh Perigi Ketika Sarat Hamil Raih Perhatian Ramai

Menurut wanita berkenaan doktor tidak membenarkan dia pulang ke rumah selepas kaki telah disimen kerana mendapati bayi telah berpusing dari kedudukan asal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu yang sedang menanti saat melahirkan pasti akan berasa teruja kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan si comel yang telah dikandung selama 9 bulan.

Bukan hanya itu, segelintir para ibu mungkin mempunyai perancangan sendiri untuk melahirkan bayi sama ada secara pembedahan mahupun normal.

Namun adakalanya bayi terpaksa dilahirkan seperti mana yang dinasihatkan oleh doktor atas beberapa faktor kesihatan yang melibatkan nyawa si ibu dan anak.

Wanita terpaksa lahirkan bayi secara pembedahan lepas jatuh perigi

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kisahnya yang terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan selepas terjatuh dalam sebuah perigi.

Menerusi video karosel yang dikongsikan oleh Wan Natashaa di TikTok, ketika usia kandungan mencecah 38 minggu dia telah terjatuh ke dalam sebuah perigi sehingga pitam.

Jelasnya sebaik sedar dari pitam dia terlihat banyak darah berlumuran sehingga menyangka dirinya keguguran. Namun pada saat itu perutnya tidak berasa sakit.

Kata Natashaa, dia hanya merasakan kaki di bahagian kiri yang sakit. Dia lalu meminta pertolongan dan meminta individu berkenaan untuk menghubungi suaminya.

“Aku minta tolong, alhamdulillah nasib baik ada yang dengar. Aku minta tolong dia hubungi suami aku. Jantung aku laju gila masa ni dalam kepala fikir anak aku je.

“Tak lama tu suami aku sampai, dengar je suara dia aku lagi menangis sebab aku risau keluar je dari perigi ni anak aku dah tiada,” katanya.

Hubungi bomba kerana kaki patah dan tak boleh keluar dari perigi

Mereka kemudian terpaksa menghubungi pihak bomba kerana Natashaa mengalami patah kaki dan tidak dapat menaiki tangga untuk keluar daripada perigi tersebut.

Ujarnya sepanjang perjalanan ke hospital dia asyik memikirkan tentang bayi yang berada dalam kandungan kerana tidak sangka akan berlaku seperti ini, selain tidak boleh menerima sekiranya berlaku perkara tak diingini kepada si comel.

“Doktor cakap kaki aku patah tapi alhamdulillah patah tak lari, nanti aku kena pakai simen.

“Paling penting doktor cakap bayi okay dan jantung bayi okay. Sumpah aku syukur sangat, Allah bagi peluang, sebab Allah tahu aku tak mampu kehilangan anak aku.”

Pada hari kedua, doktor telah menjahit lukanya dan memakaikan simen. Meskipun ketika proses itu tiada sebarang ubat bius diberikan namun doktor melakukannya dengan terbaik kerana tidak mahu jika terdapat sebarang kesan sampingan kepada bayi.

Doktor tak benarkan pulang kerana bayi berpusing

Namun ketika dia rasa gembira untuk pulang ke rumah doktor di bahagian Obstetrik dan Ginekologi tidak membenarkannya pulang kerana bayi telah berpusing dari kedudukan asal mungkin impak selepas jatuh.

Malah doktor itu menjangkakan dia akan melahirkan bayi berkenaan sekitar enam hari lagi.

Perkara itu membuatkan dia sedih kerana tidak tahu bagaimana ingin melahirkan dalam keadaan kaki patah, namun suaminya tidak pernah berputus asa dan sentiasa memberi kata-kata semangat

“Jujur aku cakap, aku tidur dalam keadaan takut-takut asyik terkejut, mungkin sebab trauma.

“Hari menanti hari, aku cuba kuatkan diri. Dari tak boleh berjalan pakai kerusi roda, alhamdulillah dah boleh jalan perlahan-lahan,” ujarnya sambil memaklumkan hari demi hari emosinya semakin membaik.

Selamat lahirkan bayi secara pembedahan

Dia akhirnya selamat melahirkan bayi secara pembedahan disebabkan keadaan bayi yang telah berpusing. Namun bersyukur kerana doktor memberikan ubat bius secara penuh kerana bimbang ia akan memberi kesan darah beku di bahagian kepala.

Natashaa dalam pada itu turut berkongsi wajah bayi yang telah selamat dilahirkan selain menyatakan apa yang dilaluinya merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan Natashaa selain turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan dia seorang ibu yang sangat kuat.

“Seksanya kaki patah, perut kena belah.. banyaknya luka.. awak ibu yang kuat”

“Sebab nilah aku takut nak lalu atas benda-benda macam ni, longkang yang tepi jalan tu kalau boleh tak nak pijak. Overthinking aku ni melebih-lebih”

“Isteri saya jatuh motor mengandung 8 bulan 2 minggu, alhamdulillah Allah jaga isteri dapat tahan perut dengan tangan, sekarang anak dah 18 tahun”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.