“Tak Cerdik!” – Penyokong Israel Nak Fitnah Palestin, Sekali Kantoi Video Asal Rupanya Dari Malaysia [Video]

Konflik di antara Palestin dan Israel masih lagi berlarutan sehingga hari ini apabila rejim Zionis itu tanpa henti terus melakukan serangan udara terhadap wilayah Semenanjung Gaza sehingga membunuh ribuan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak.

Tidak cukup dengan itu, para penyokong Israel juga kerap memuat naik beberapa video dan gambar propaganda dengan kenyataan yang tidak tepat demi menabur fitnah.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Tentera Israel Serang Kem Pelarian Di Gaza Adalah Jenayah Perang – PBB

Baca Artikel Berkaitan: Bekas MMA Fighter Dari Israel Tulis Nama Ahli Sukan UFC Muslim Di Peluru Berpandu Zionis

Penyokong Israel kantoi ambil video lain untuk fitnah Palestin

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial apabila penyokong Israel didapati menipu dengan mengambil video yang lain untuk memfitnah rakyat Palestin.

Menerusi video yang sohor itu, kelihatan beberapa orang yang dikafankan seperti jenazah membuka mata dan berkata sesuatu.

Video tersebut yang dikongsikan oleh sebuah akaun satira (@TheMossadIL) sebelum dikongsikan semula oleh penyokong Zionis telah memfitnah dengan mendakwa rakaman yang diambil di Gaza itu adalah pembohongan apabila ‘jenazah’ yang terkorban tiba-tiba membuka mata dan bercakap.

Mereka ingin mendakwa bahawa perkara tersebut merupakan propaganda yang dilakukan oleh Palestin bagi menunjukkan kekejaman tentera Israel yang kononnya tidak benar sama sekali.

“Saya tak pasti jika ada masalah dengan peluru tentera Israel atau hal lain, tapi dapat dilihat mereka (mayat) kembali hidup semula seorang demi seorang,” tulisnya di dalam video.

Malah, seorang Pro Israel dilihat sengaja mengeluarkan kenyataan sarkastik dengan menyebut: “Satu lagi keajaiban, pujian kepada tuhan”.

Bagaimanapun, orang ramai yang melakukan semakan mendapati video terbabit sebenarnya berlaku di sebuah masjid di Malaysia.

Video diambil dari TikTok saat kursus pengurusan jenazah di sebuah masjid

Menurut netizen, video terbabit diambil dari satu akaun TikTok yang memaparkan rakaman saat kursus pengurusan jenazah dilakukan di sebuah masjid.

Pemilik asal video terbabit di akaun TikTok @metjetak17 telah memuat naik rakaman berkenaan pada 19 Ogos dahulu lagi iaitu sebelum peperangan tercetus.

Menerusi pemerhatian kami, rakaman tersebut dilakukan di dalam sebuah masjid sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Pekan, Pahang.

Netizen pakat kecam penyokong Israel

Susulan pendedahan terbabit, rata-rata pengguna media sosial mengecam para penyokong Israel yang mudah mempercayai dan menabur fitnah terhadap sesuatu video demi meraih sokongan terhadap rejim Zionis.

Nak raih sokongan punya pasal, sanggup ambil video lain untuk jadi bahan memfitnah..

Recent Posts

  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

3 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

3 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

3 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

4 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

4 hours ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

5 hours ago