fbpx
Now Reading
Tindakan Tentera Israel Serang Kem Pelarian Di Gaza Adalah Jenayah Perang – PBB

Tindakan Tentera Israel Serang Kem Pelarian Di Gaza Adalah Jenayah Perang – PBB

Pejabat media Hamas melaporkan seramai 195 penduduk Palestin maut dalam serangan berkenaan pada dua hari berturut-turut di Kem Jabalia di Gaza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak 7 Oktober lalu sehingga hari ini (2 November), konflik di antara Palestin dan Israel masih belum menemui penyelesaian apabila rejim Zionis secara terus menerus menyerang penduduk di Semenanjung Gaza sehingga membunuh ribuan nyawa.

Baca Artikel Berkaitan: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas

Terbaharu, rejim zionis dilaporkan telah menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza dengan melakukan serangan udara sehingga meragut ratusan nyawa penduduk Palestin.

Susulan itu, Pejabat Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis terbabit.

Serangan Israel ke atas kem pelarian boleh dianggap sebagai jenayah perang

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya (@UNHumanRights), PBB berkata serangan ke atas kem pelarian tersebut boleh dianggap sebagai jenayah perang.

“Ini berikutan jumlah besar kematian orang awam dan tahap kemusnahan selepas serangan udara Israel ke kem pelarian terbesar di Gaza, Jabalia.

“Kami secara serius berpandangan bahawa ini adalah serangan yang tidak sewajarnya dan boleh dianggap sebagai jenayah perang,” menurut pejabat itu dalam hantaran di media sosial pada Rabu.

Kenyataan yang dikeluarkan PBB itu susulan pengesahan yang dibuat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan udara yang dilancarkan di kem berkenaan kelmarin (31 Oktober).

Serangan didakwa disasarkan kepada pejuang Hamas

Menurut IDF, serangan itu menyasarkan pasukan pejuang Hamas yang didakwa mempunyai laluan terowong yang luas di bawah kem pelarian berkenaan.

Pengganas itu juga mendakwa bahawa pesawat milik mereka hanya menyerang kompleks pengawal dan kawalan Hamas di sana sambil mengesahkan pejuang Hamas berjaya dilenyapkan dalam serangan berkenaan.

Seramai 195 penduduk Palestin dilaporkan terkorban dalam serangan terbabit

Sementara itu, Pejabat media Hamas melaporkan seramai 195 penduduk Palestin maut dalam serangan berkenaan pada dua hari berturut-turut di Kem Jabalia, Gaza.

Jelas media itu lagi, 120 yang lain juga dilaporkan masih hilang di bawah timbunan runtuhan manakala seramai 777 mangsa telah tercedera.

Pasukan pegawai perubatan Palestin yang menggali kawasan runtuhan bagi mencari penduduk terselamat juga menemui sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh selain 150 dalam keadaan cedera.

White House enggan ulas isu peperangan tentera Israel dan pejuang Hamas

White House di Amerika Syarikat bagaimanapun masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selain enggan mengkritik tindakan pengganas Israel di Gaza termasuk serangan ke atas kem pelarian yang terbaharu ini.

Tegas White House, mereka tidak akan memberi sebarang maklum balas terhadap apa sahaja perkembangan terbaharu di wilayah peperangan antara tentera Israel dan pejuang Hamas itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.