fbpx
Now Reading
Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas

Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Gaza menyeru komuniti antarabangsa dan kumpulan kemanusiaan supaya menyegerakan kemasukan barangan perubatan kecemasan ke hospital di Semenanjung Gaza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital di wilayah itu yang dikepung telah lumpuh selepas menjadi sasaran langsung serangan udara pengganas Israel.

Menurut Bernama yang memetik agensi berita Jordan (Petra), empat hospital itu adalah Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.

“Hospital itu menampung jumlah pesakit yang tinggi iaitu pada kadar 150%, dengan ada dalam kalangan pesakit yang terpaksa tidur di atas lantai dan koridor.

“Tiada stok ubat, barangan perubatan dan bahan api di hospital,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Hospital tiada keupayaan perubatan dan bahan api

Jelas kementerian itu, kesemua hospital berkenaan tidak lagi mempunyai keupayaan perubatan dan bahan api.

Hal ini menyebabkan kelewatan dalam penghantaran bekalan perubatan ke hospital di Semenanjung Gaza yang akan menyebabkan lebih ramai pesakit cedera meninggal dunia.

Para pesara kakitangan sektor kesihatan diseru untuk kembali bertugas semula

Malah, para kakitangan sektor kesihatan yang telah bersara juga diseru untuk kembali bertugas dalam institusi penjagaan kesihatan secepat mungkin, lapor Anadolu.

Susulan itu, mereka menyeru komuniti antarabangsa dan kumpulan kemanusiaan supaya menyegerakan kemasukan barangan perubatan kecemasan ke hospital di Semenanjung Gaza.

Gesa pihak berkuasa lindungi pasukan perubatan hospital

Ia juga menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya melindungi pasukan perubatan hospital, ambulans, dan tempat perlindungan penduduk yang dipaksa oleh penceroboh Israel meninggalkan rumah mereka.

Untuk info, ketika ini lebih 3,785 warga Palestin terbunuh manakala lebih 12,000 cedera dalam serangan udara rejim Zionis di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Hamas Di Tebing Barat, Apa Alasan Israel Untuk Bunuh?” – Bassem Youseff Buat Piers Morgan ‘Terciduk’ [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.