“Tiada Hamas Di Tebing Barat, Apa Alasan Israel Untuk Bunuh?” – Bassem Youseff Buat Piers Morgan ‘Terciduk’ [Video]
Perdebatan itu berlaku semasa dalam rancangan ‘Piers Morgan Uncensored’ yang disiarkan semalam (18 Oktober) di mana Morgan dilihat sukar menjawab soalan panas yang diberikan oleh Youssef.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada ketika ini, kebanyakan rakyat di seluruh dunia tidak kira ahli politik, orang ternama mahupun selebriti sedang menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin dengan bersoladiriti bersama-sama.
Ini kerana, kekejaman pengganas Israel yang selama ini diselindungi oleh rata-rata media dan organisasi di barat semakin terbongkar dan diketahui ramai.
Pun begitu, mereka yang bersekongkol dengan rejim Zionis ini tetap cuba berdolak dalih daripada kebenaran yang sebenar selain terus menyalahkan Palestin serta pejuang Hamas atas konflik yang sedang berlaku ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Betapa Hipokritnya Mereka” – Azizulhasni Dedah Hampir Dibatal Penyertaan Kejohanan Kerana Sokong Gaza
Klip perdebatan Piers Morgan dan Bassem Youssef tular di media sosial
Seperti baru-baru ini, satu klip video yang dimuat oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong di akaun Instagram miliknya tentang perdebatan secara dalam talian antara personaliti TV popular UK, Piers Morgan bersama pelawak dan pengacara terkenal Mesir, Bassem Youssef telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Perdebatan itu berlaku semasa dalam rancangan ‘Piers Morgan Uncensored’ yang disiarkan semalam (18 Oktober) di mana Morgan dilihat sukar menjawab soalan panas yang diberikan oleh Youssef.
Kenapa Israel serang Tebing Barat sedangkan tiada Hamas di situ?
Semasa perdebatan itu, Youssef bertanya mengapa tentera Israel menyerang Tebing Barat sehingga membunuh ribuan nyawa orang yang tidak bersalah sedangkan mereka tahu tiada pejuang Hamas di sana.
“Tiada Hamas di Tebing Barat, apa alasan mereka untuk membunuh orang yang tidak bersalah?” soal Youssef.
Morgan elak jawab soalan yang diajukan oleh Youssef
Pun begitu, Morgan kelihatan cuba mengelak dari menjawabnya dengan mengatakan itu bukan tugasnya untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Youssef.
“Mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasi keganasan oleh Zionis ‘Israhell’ dengan menjadikan Hamas sebagai alasan untuk mereka ‘mempertahankan diri’ dengan menyerang Hospital Al-Ahli yang telah mengorbankan ratusan jikalau bukan ribuan nyawa orang awam.
“Tetapi, tiada Hamas di West Bank (Tebing Barat), kenapa Zionis masih menyerang orang awam di sana?” tulis Firdaus Wong di kapsyen.
Lebih 3,000 nyawa Palestin terkorban dalam serangan rejim Zionis
Untuk info, sebagai balasan kepada serangan mengejutkan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, pengganas Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Gaza sehingga meragut sekurang-kurangnya lebih 3,000 nyawa Palestin.
Lebih mengejutkan lagi, serangan rejim Zionis laknatullah ke atas Hospital Al-Ahli di tengah bandar Gaza pada hari selasa lalu (17 Oktober) juga telah membunuh lebih daripada 800 nyawa orang awam termasuk kanak-kanak sehingga mencetuskan kecaman di seluruh dunia.
Video penuh berdebatan di YouTube
BACA ARTIKEL BERKAITAN: