fbpx
Now Reading
“Betapa Hipokritnya Mereka” – Azizulhasni Dedah Hampir Dibatal Penyertaan Kejohanan Kerana Sokong Gaza

“Betapa Hipokritnya Mereka” – Azizulhasni Dedah Hampir Dibatal Penyertaan Kejohanan Kerana Sokong Gaza

Menurut Azizulhasni, pada ketika itu dia hanya berniat untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia agar mengetahui keadaan yang berlaku di Gaza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, kebanyakan rakyat di seluruh dunia tidak kira ahli politik, orang ternama mahupun selebriti sedang menunjukan sokongan mereka terhadap Palestin dengan bersoladiriti bersama-sama.

Ini kerana, kekejaman pengganas Israel yang selama ini diselindungi oleh rata-rata media dan organisasi di barat semakin terbongkar dan diketahui ramai.

Azizulhasni dedah hampir dibatal penyertaan sukan kerana tunjuk sokongan kepada Palestin

Seperti baru-baru ini, pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang turut mendedahkan kisah beliau hampir dihalau dan dibatalkan penyertaan dari sebuah kejohanan sukan di Eropah hanya kerana menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Azizulhasni yang turut digelar ‘The Pocket Rocketman’ itu menyatakan kejadian terbabit berlaku semasa 2014 yang dulu.

Azizulhasni tayang sarung tangan ‘Save Gaza’ selepas perlumbaan

Menurutnya, dia diperlakukan sebegitu hanya kerana menayangkan mesej ‘Save Gaza’ yang tertera pada sarung tangannya selepas memenangi perlumbaan itu.

“Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.

“Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi. Lagi memburukkan keadaan ketika itu adalah di bulan Ramadhan. Bulan suci umat Islam,” katanya.

Foto: Facebook/Azizulhasni Awang

Penganjur beri alasan kononnya Azizulhasni sampaikan mesej politik di atas pentas sukan

Jelasnya lagi, alasan yang diberikan oleh pihak penganjur untuk membatalkan penyertaannya adalah dengan mendakwa Azizulhasni menyampaikan mesej berbentuk politik di atas pentas sukan.

Kata Azizulhasni, pada ketika itu dia hanya berniat untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia agar mengetahui keadaan yang berlaku di Gaza.

“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula.

“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai ‘Freedom of Speech’ dan juga ‘Humanitarian Support’,” katanya lagi.

Azizulhasni seru orang ramai terus beri sokongan pada rakyat Palestin

Berkongsi lanjut, Azizulhasni turut menyeru orang ramai agar terus memberi sokongan kepada rakyat Palestin dengan cara memberi pelbagai bantuan sama ada dari segi kewangan, barang keperluan mahupun doa.

“Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.

“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” ujar Azizulhasni.

Israel melampau, bom hospital sehingga ragut lebih 500 nyawa

Terdahulu, sifat kejam dan keganasan Israel semakin diketahui masyarakat dunia selepas mereka dengan tanpa rasa simpati telah mengebom Hospital al-Ahli Arab di tengah Gaza yang menempatkan ribuan pesakit dan pelarian Palestin sehingga meragut ratusan nyawa.

Susulan itu, kebanyakan orang di seluruh dunia pada ketika ini sedang mengutuk sekaras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis laknatullah itu.

Namun mereka menafikan dakwaan tersebut dan cuba menyalahkan pejuang Hamas kononnya pengeboman itu berpunca dari bedilan roket organisasi itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.