fbpx
Now Reading
Bekas MMA Fighter Dari Israel Tulis Nama Ahli Sukan UFC Muslim Di Peluru Berpandu Zionis

Bekas MMA Fighter Dari Israel Tulis Nama Ahli Sukan UFC Muslim Di Peluru Berpandu Zionis

Difahamkan, Gozali bertindak demikian kerana keempat-empat nama berkenaan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin menerusi media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika ini, semakin banyak nama-nama selebriti antarabangsa yang mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.

Ini kerana tentera Israel secara terang-terangan telah melakukan jenayah perang apabila tanpa henti melakukan serangan udara yang menyasarkan orang awam sehingga meragut ribuan nyawa termasuk kanak-kanak.

Malah pelakon terkenal dari Amerika Syarikat, Angelina Jolie turut mengecam tindakan rejim Zionis itu.

Baca Artikel Berkaitan:Gaza Jadi Penjara Terbuka Hampir 2 Dekad” – Angelina Jolie Kecam Tindakan Israel Serang Kem Pelarian Jabalia

MMA Bellator dari Israel tulis nama ahli UFC Muslim di peluru berpandu

Pun begitu, seorang bekas ahli sukan seni bela diri American Mixed Martial (MMA) Bellator dari Israel, Haim Gozali yang tidak pernah layak ke peringkat Ultimate Fighting Championship (UFC) telah mencetus kontroversi dengan menulis nama-nama ahli sukan UFC Muslim yang lain di peluru berpandu Zionis.

Tidak hanya itu, sepanjang kerjayanya sebagai ahli sukan bela diri yang mewakili Israel, dia menanggung kekalahan sebanyak enam kali dan hanya 15 kali kemenangan sahaja.

Prestasi buruk Gozali ini menyebabkan nama dirinya tidak begitu mendapat sambutan dalam kalangan peminat sukan MMA bahkan ramai yang tidak mengenalinya sehinggalah kontroversi ini dicetuskan.

Gozali tulis empat nama termasuk Khabib Nurmagomedov

Menerusi hantaran di akaun X (Twitter) miliknya, Gozali menulis empat nama ahli UFC terkemuka yang beragama Islam iaitu Khabib Nurmagomedov, Islam Makhachev, Khamzat Chimaev dan Belal Muhammad.

“Ini dari saya untuk mereka (emoji tikus)”, tulisnya di kapsyen.

Tulis nama ahli UFC Muslim kerana sokong Palestin

Difahamkan, Gozali bertindak demikian kerana keempat-empat nama berkenaan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin menerusi media sosial.

Tidak hanya itu, ada yang tidak mahu meraikan kemenangan selepas perlawanan kerana menghormati nasib yang dilalui penduduk Palestin ketika ini.

Ramai kecam tindakan Gozali, siap dakwa dia tak sama level dengan yang lain

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna X mengecam tindakan Gozali itu kerana tidak bersikap profesional.

Selain itu, mereka turut mendakwa kesemua nama yang ditulis boleh mengalahkan Gozali dengan hanya beberapa minit sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.