Gangguan Ketukan Di Parit Raja, CCTV Berjaya Rakam Kelibat Misteri Terbang [Video]

Cerita mengenai gangguan ketukan pintu pada waktu malam, bukan lah sesuatu yang baharu lagi di negara kita.

Malah, ia terus berulang dan sehingga hari ini masih kekal misteri, bahkan gangguan berkenaan yang dikaitkan dengan perkara mistik senyap sebegitu sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Seram! Pemuda Cerita Detik Cemas, Pintu Rumah Diketuk Pocong Jam 4 Pagi

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Selangor, ‘Ketukan Misteri’ Kini Hantui Penduduk Di Melaka [Video]

Tular rakaman gangguan ketukan di Parit Raja

Terbaharu, tular pula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan sesuatu objek terbang diikuti bunyi ketukan di pintu yang mengganggu penduduk di sekitar Parit Raja, Ayer Hitam, Johor.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @ptrajaayerhitam, rakaman CCTV itu diambil pada 8 November lalu sekitar pukul 1.55 pagi.

Bunyi ketukan pintu yang kuat sebelum kelihatan objek terbang dalam keadaan laju

Di dalam video tersebut, kedengaran bunyi ketukan pintu yang kuat beberapa kali di rumah berkenaan dalam suasana yang sunyi sepi tanpa kelihatan kelibat manusia.

Lebih menyeramkan, rakaman CCTV itu juga berjaya merakam satu objek kecil yang terbang dalam keadaan laju didakwa menuju ke rumah yang lain.

Bunyi ketukan kedua sedikit perlahan kerana jauh

Selang beberapa saat kemudian, kedengaran lagi bunyi ketukan pintu yang sama namun sedikit perlahan kerana jarak yang jauh dari CCTV.

“Heboh gangguan ketukan di sekitar Parit Raja, Ayer Hitam. Rakaman tanpa suara latar dan gerakan perlahan ini buat penduduk mulai resah,” tulis di ruangan kapsyen video.

@ptrajaayerhitam HEBOH GANGGUAN KETUKAN DI SEKITAR PARIT RAJA AYER HITAM. Rakaman Tanpa Suara Latar dan Gerak Perlahan Ini Membuatkan Penduduk Mulai Resah… #fyp #horror ♬ original sound – ParitRajaAyerHitam

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meremang melihat rakaman CCTV yang diambil itu.

Netizen dakwa penduduk kawasan terbabit sahkan mengenai kejadian mistik itu

Tidak hanya itu, beberapa netizen yang mendakwa sebagai penduduk sekitar kawasan itu juga mengesahkan mengenai kejadian ketukan itu.

Malah, ada yang turut berkongsi kejadian mistik yang sama dilalui oleh mereka selain mendakwa perkara itu ada kaitan dengan seseorang yang sedang menguji ilmu hitamnya.

Cerita mengenai gangguan ketukan pintu pada waktu malam, bukan lah sesuatu yang baharu lagi di negara kita.

Malah, ia terus berulang dan sehingga hari ini masih kekal misteri, bahkan gangguan berkenaan yang dikaitkan dengan perkara mistik senyap sebegitu sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Seram! Pemuda Cerita Detik Cemas, Pintu Rumah Diketuk Pocong Jam 4 Pagi

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Selangor, ‘Ketukan Misteri’ Kini Hantui Penduduk Di Melaka [Video]

Tular rakaman gangguan ketukan di Parit Raja

Terbaharu, tular pula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan sesuatu objek terbang diikuti bunyi ketukan di pintu yang mengganggu penduduk di sekitar Parit Raja, Ayer Hitam, Johor.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @ptrajaayerhitam, rakaman CCTV itu diambil pada 8 November lalu sekitar pukul 1.55 pagi.

Bunyi ketukan pintu yang kuat sebelum kelihatan objek terbang dalam keadaan laju

Di dalam video tersebut, kedengaran bunyi ketukan pintu yang kuat beberapa kali di rumah berkenaan dalam suasana yang sunyi sepi tanpa kelihatan kelibat manusia.

Lebih menyeramkan, rakaman CCTV itu juga berjaya merakam satu objek kecil yang terbang dalam keadaan laju didakwa menuju ke rumah yang lain.

Bunyi ketukan kedua sedikit perlahan kerana jauh

Selang beberapa saat kemudian, kedengaran lagi bunyi ketukan pintu yang sama namun sedikit perlahan kerana jarak yang jauh dari CCTV.

“Heboh gangguan ketukan di sekitar Parit Raja, Ayer Hitam. Rakaman tanpa suara latar dan gerakan perlahan ini buat penduduk mulai resah,” tulis di ruangan kapsyen video.

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meremang melihat rakaman CCTV yang diambil itu.

Netizen dakwa penduduk kawasan terbabit sahkan mengenai kejadian mistik itu

Tidak hanya itu, beberapa netizen yang mendakwa sebagai penduduk sekitar kawasan itu juga mengesahkan mengenai kejadian ketukan itu.

Malah, ada yang turut berkongsi kejadian mistik yang sama dilalui oleh mereka selain mendakwa perkara itu ada kaitan dengan seseorang yang sedang menguji ilmu hitamnya.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

18 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

19 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

19 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

19 hours ago