“Jalan Raya Milik Mereka” – Media China Dedah Pemandu Bas Di Indonesia Bawa Secara Bahaya [Video]
Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan bas terbabit dipandu secara laju dan memotong di kawasan yang tidak sepatutnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sikap pemandu yang memandu secara berbahaya semestinya salah di sisi peraturan jalan raya, undang-undang sebegini tidak hanya ada di Malaysia, bahkan diguna pakai di seluruh dunia.
Namun, masih ada sesetengah pemandu yang dilihat tidak begitu mengambil berat terhadap undang-undang sebegini.
Tular media China dedah sikap pemandu bas di Indonesia yang pandu secara berbahaya
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial dipercayai dari media China yang mendedahkan tentang sikap seorang pemandu bas dari Indonesia yang memandu secara berbahaya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @Just_dhee1203, pemandu lelaki yang memandu bas jenis komersial laluan Utara Jawa dan Jawa Tengah itu dilihat melakukan beberapa jenis kesalahan jalan raya.
Bas dipandu laju, potong di kawasan yang tak sepatutnya dan memandu sambil guna telefon
Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan bas terbabit dipandu secara laju dan memotong di kawasan yang tidak sepatutnya.
Malah, ia juga beberapa kali bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan semasa sedang memotong.
Lebih parah lagi, laluan yang sepatutnya hanya memiliki dua lorong juga boleh bertukar menjadi tiga lorong apabila bas tersebut memotong di kawasan tepi jalan.
Pemandu berkenaan turut dilihat menggunakan telefon bimbitnya semasa sedang memandu, perkara itu jelas salah di sisi undang-undang jalan raya di Indonesia ataupun di mana-mana negara.
Kebrutalan supir2 bis Indonesia di sorot Media China🙄😒 pic.twitter.com/8eu1OVJvi4
— 🇲🇨خَدِيجَة🇵🇸 (@Just_dhee1203) November 28, 2023
Netizen Indonesia akui tentang perkara tersebut, turut berkongsi pengalaman sama
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Indonesia mengakui tentang sikap segelintir pemandu bas di republik itu yang sering memandu secara laju dan melulu.
Malah, segelintir netizen juga turut berkongsi pengalaman sama dilalui oleh mereka semasa menaiki bas di negara itu.
Tadi malam,,aku mengalaminya dr Purwokerto ke Bogor,benar benar jantungan ,hujan pula,aku istighfar dan takbir aja sampe tertidur .
— 𝖀𝖓𝖎 𝕬𝖓𝖉𝖗𝖎𝖊.🇲🇨🇵🇸 (@RieGucciano) November 28, 2023
Ngerii dah
Pernah merasakan Mbak, turun langsung .
— Nurul🏴 (@nurulngalam1) November 28, 2023
Wes tuh jalur pantura ekonomi , yg pny riwayat pnyakit jantung jgn duduk d dpn, tapi sekarang sdh tdk ada lg kykny dilihat dr grafik kecelakaan bis
— Non_ziaA (@zia_karib74) November 28, 2023
Pernah naik bus di daerah situ. Duduk di depan. Bis nguber bis depannya. Mepet sampai bemper depan cuma jarak seubin dengan bemper belakang bis depan. Kulirik speedometer, kecepatannya 120 kmj.
— Mojack (@MojackThePoet) November 28, 2023