Remaja Minta Tolong DJ Kenduri Buat Pengumuman Ajak Mak Balik Rumah, Buat Netizen Terhibur [Video]

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai adat dan budaya. Antara yang biasa diamalkan dapat dilihat melalui adat perkahwinan seperti merisik, bertunang dan bersanding.

Sama seperti bangsa lain, masyarakat Melayu akan mengadakan kenduri kahwin sebagai cara untuk memberitahu orang ramai bahawa pasangan tersebut telah diijabkabulkan.

Pada waktu inilah tetamu turut menjadikan kenduri sebagai peluang untuk bersua muka khususnya buat saudara mara atau rakan yang tinggal jauh dari kawasan berdekatan.

Kebiasaanya, sewaktu kenduri, pasti ada sedikit hiburan yang disediakan antaranya seperti memainkan lagu dan sesi karaoke yang diuruskan oleh seorang DJ (Disc Jockey).

Emak Rancak Berborak, Sampai Anak Minta Tolong Bantuan DJ Panggil Emak Balik

Namun, siapa sangka seorang remaja lelaki menggunakan khidmat DJ untuk membuat pengumuman bagi mengajak ibunya pulang ke rumah dalam sebuah kenduri kahwin.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ahhcap, pemuda itu berkongsikan saat di mana dia terpaksa meminta bantuan DJ itu bagi menjemput ibunya balik.

Pada awal video itu, kelihatan beberapa ahli keluarga pemuda berkenaan sedang menunggu ibu mereka.

Namun, ibu mereka tidak muncul-muncul hingga menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan DJ yang bertugas membuat pengumuman di kenduri berkenaan.

“Kepada akak Linda, keluarga dah tunggu katanya. Kena announcement (pengumuman) dekat sini kau, dasyat betul.

“Kepada akak Linda tadi, dekat mana akak Linda tu?” umum DJ berkenaan.

Sebaik mendengar pengumuman tersebut, kelihatan seorang wanita terus keluar dari khemah kenduri kahwin itu.

Malah, dia dilihat seakan-akan tidak percaya dan menyangka namanya disebut oleh DJ berkenaan di saat kenduri sedang berlangsung.

@ahhcap

Kata nak balik tapi masih berborak lagi..nahh sekali kene annoucement🤣

♬ bunyi asal – ahhhcap – ahhhcap

Video Undang Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Video tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata mereka terhibur dengan keletah anak-anak wanita itu yang mengusik ibunya dengan cara sedemikian.

Malah, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama berhadapan dengan perangai ibu yang mengajak balik namun masih berbual dengan orang lain.

Berikut antara komen netizen:

Mak Mertua Aku Macam Ni, Dia Punya ‘Jom’ Sampai Kami Dah Naik Kereta, Dia Tak Naik Lagi

Macam Mak Kita, ’20 Kali Jom’ Belum Tentu Gerak Lagi

Betul Tu, Kalau Tak Panggil, Sampai Ke Dapur Dia Masuk

Cara Macam Ni Nak Bagi Mak-Mak Balik

Terima Kasih Bagi Idea, Nanti Nak Buat Macam Ni Juga

Baca Artikel Berkaitan: “Satu Berapa?”- Pergi Kenduri Kahwin, Uncle Ini Sangka Cendol Perlu Dibayar [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dari Irama Melayu Ke Rock, Aksi Band Nyanyi Lagu Kahwin Buat Ramai Terhibur [Video]

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

12 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

13 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

13 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

14 hours ago