fbpx
Now Reading
Dari Irama Melayu Ke Rock, Aksi Band Nyanyi Lagu Kahwin Buat Ramai Terhibur [Video]

Dari Irama Melayu Ke Rock, Aksi Band Nyanyi Lagu Kahwin Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @csebuskers, kelihatan kumpulan itu pada mulanya mendendangkan lagu bertajuk Direnjis-renjis nyanyian asal oleh R Ismail mengikut irama asal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa. Kebanyakan bangsa mempunyai adat dan budaya tersendiri yang sering diamalkan dalam kehidupan seharian.

Apabila menyebut tentang budaya dan adat yang diamalkan khususnya oleh masyarakat Melayu, antara yang sering dapat dilihat adalah melalui majlis perkahwinan.

Lazimnya, kebanyakan majlis perkahwinan dipenuhi dengan budaya dan amalan tersendiri antaranya seperti merewang, joget lambak dan nyanyian lagu oleh kumpulan muzik atau band bagi menyerikan lagi majlis tersebut.

Sebut sahaja tentang band di majlis perkahwinan, kebiasaannya kumpulan muzik ini akan mendendangkan lagu yang berirama tradisional dan lembut serta sesuai dengan majlis.

Nyanyi Lagu Kahwin Versi Rock

Berbeza dari kebiasaan, sebuah kumpulan muzik ini berjaya mengubah irama lagu perkahwinan Melayu menjadi lagu rock.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @csebuskers, kelihatan kumpulan itu pada mulanya mendendangkan lagu bertajuk Direnjis-renjis nyanyian asal oleh R Ismail mengikut irama asal.

Tukar Irama & Mood Ketika Pertengahan Lagu

Namun, apa yang mengejutkan adalah tindakan spontan kumpulan berkenaan mengubah irama lagu tersebut pada pertengahan lagu daripada berkonsepkan tradisional menjadi irama rock. Tindakan mereka itu nyata menarik perhatian ramai.

Difahamkan, ketika video itu dirakam, kumpulan tersebut sedang membuat persembahan di sebuah kedai makan di Kuantan, Pahang bagi menghiburkan pengunjung di situ.

@csebuskers

viewer suka gorgon la darkweb la . nah kita bagi lagu kawin ft bandi mengaum🤣 . Thankyou yang sudi like n share dengan kawan kawan 🙏🏻 . Lagu apa pulak nak di darkweb? bagi idea sikit🤔 . #csebuskers #lagukawin

♬ original sound – Csebuskers – Csebuskers

Warganet Terhibur, Siap Nak Upah Untuk Majlis Kahwin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan terhibur dengan apa yang dilakukan oleh mereka.

Malah, ada segelintir yang mahu mengupah kumpulan berkenaan untuk menghiburkan tetamu di majlis perkahwinan mereka kelak.

Namun, ada juga yang risau dengan reaksi tetamu yang bakal diterima terutamanya orang tua sekiranya mengupah band itu di hari bahagia mereka.

Baru Nak Masuk Rumah Kenduri, Patah Balik, Ingatkan Ada Ritual Metal

Bestnya Busking Macam Ni, Happening dan Unik

Bila La Jodoh Nak Datang Ni, Nak Book Band Ni Dekat Kenduri Nanti

Kreatifnya, Nak Jemput Abang-Abang Ni Tiga Tahun Akan Datang

Sedap Betul Suara Mendayu-Dayu Sebelum Kerasukan

Baca Artikel Berkaitan: Uncle Nyanyi Lagu Awie & Iklim Di Majlis Perkahwinan, Buat Ramai Kagum [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Inginkan Kelainan, Pengantin Perempuan Pandu Traktor Ke Majlis Perkahwinan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.